Sunday, November 11, 2012

Tajuk 2 : Islam Agama Fitrah

2.0 Pendahuluan   
Nama-nama bagi agama-agama besar dunia biasanya dikaitkan dengan nama pengasasnya atau bangsa yang menganutnya. Ada juga yang dikaitkan dengan tempat di mana agama itu lahir. Manakala agama Islam adalah agama yang tidak terikat langsung dengan nama pembawa risalahnya, bangsanya dan juga tempat lahir agama Islam itu. Abu al-A'ala al-Maududi menjelaskan: Every religion of the world has been named after its founder or after the community or nation in which it was born. For instance, Christianity takes its name from its Prophet Jesus Christ, Buddhism from its founder Gautama Buddha, Zoroastriasmism from its founder Zoroaster and Judaism from the Jews, from the name of the tribe Judah (of the country Jvdea) where it was originated, The same is true of all other religion except Islam, which enjoys the unique distinction of having no association with any particular person or people or country. (Abu A'ala al-Maududi, Towards Understanding Islam, International Islamic Federation of Student organizations, Lahore, Pakistan, 1986,21)   
   
2.1 Pengertian Islam   
2.1.1Dari Segi Bahasa:   
Perkataan Islam berasal daripada 'Salima' yang mengandungi erti selamat, baik dan aman, taat dan tunduk. Secara umumnya Islam bermaksud suatu nama yang diberi kepada agama Allah s.w.t. yang ditunuikan kepada Nabi Muhammad s.a. w. Ia bukan rekaan Nabi Muhammad tetapi ia telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Firman Allah:   
   
Terjemahan: ...dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu... (Surah al Maidah:3).   
   
Islam juga bermaksud mengesakan Allah s.w.t. tunduk dan patuh serta ikhlas di dalam hati serta yakin terhadap agama asal yang datang daripada Allah s.w.t. Perkataan 'aslama' kadang kala ditujukan terhadap orang-orang beriman dan juga non-muslim kerana diatas sifat fitrah manusia yang tunduk dan patuh terhadap peraturan alam yang dicipta Allah. Firman Allah:   
Terjemahan: Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi, sama ada Dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya lah mereka dikembalikan. (Surah ali ‘Imran:83).   
   
2.1.2 Dari Istilah Syara'   
Islam ialah agama yang diturunkan kepada seluruh nabi-nabi dan rasul-rasul Allah s.w.t. bennula dari Adam a.s sehinggalah Muhammad s.a.w.   
Muslim ialah orang yang mentauhidkan Allah s.w.t. patuh, tunduk dan jujur hatinya kepada Allah s.w.t. serta beriman dengan pengajaran-pengajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah:   
Terjemahan: dan tidak ada Yang lebih baik ugamanya daripada orang Yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim Yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya. (Surah al Nisa’:125).   
   
2.2 Islam Sebagai Sistem Kehidupan   
Islam mempunyai satu sistem kehidupan yang dicipta oleh Allah s.w.t. untuk manusia di dunia ini yang dibentuk berasaskan ilmu berbanding dengan lain-lain sistem dan cara hidup manusia yang berasaskan kepada kejahilan dan kekurangan. Allah s.w.t. mengetahui semua rahsia dan hakikat manusia apa yang baik dan buruk untuknya. Ia mengetahui segala hukum dan tabiat dan rahsia kerana Dialah yang menciptakannya. Allah s.w.t. juga mengetahui apa-apa perkara yang lalu, sekarang dan juga akan datang. Allah s.w.t. telah menciptakan sistem hidup untuk manusia yang serasi, sempurna, serta sesuai dengan hukum universal bersesuaian dengan tabie' manusia. Firman Allah:   
Terjemahan: ... pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu... (Surah al Maidah:3).   
   
Sistem Hidup Islam terdiri dari:   
1) Sistem kepercayaan-akidah atau Iman   
2) Sistem Amalan- Ibadah / Syariah Islam   
3) Sistem Nilai-Akhlak   
   
2.2.1 Aqidah   
Manusia adalah makhluk yang terdiri dari dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Rohani atau jiwa pula terdapat dua naluri (penggerak semulajadi) iaitu naluri baik yang sentiasa mengarahkan manusia melakukan kebaikan dan kebenaran, kebajikan, keadilan dan sebagainya. Naluri yang kedua ialah naluri yang cendenmg melakukan kejahatan, marah, angkuh dan sebagainya. Oleh itu Iman berfungsi menggerakkan diri manusia mengarah naluri untuk melakukan kebaikan, kebajikan, keadilan dan sebagainya. Secara umumnya Iman atau akidah ialah bermaksud mengakui dalam hati bahawa Islam itu benar, serta menyatakan dengan lidah bahawa Islam itu agama yang benar serta mengamalkan ajaran di dalam agama Islam. Sabda Rasullulah s.a.w. mengingatkan bahawa Iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan, tetapi ialah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan perbuatan.   
Beriman kepada Allah s.w.t. ada rukun-rukunnya. Ia merupakan asas-asas yang membentuk keimanan dan kepercayaan Muslim terhadap Allah. Rukun Iman terdiri daripada kepercayaan kepada Allah, kepercayaan kepada malaikat, kepercayaan kepada kitab-kitab, kepercayaan kepada Rasul-rasul, kepercayaan kepada hari Akhirat dan kepercayaan kepada qada dan qadar Allah. Apabila seseorang Muslim membentuk pandangan dan sikapnya mengenai urusan kehidupan hendaklah berasaskan rukun iman.   
2.2.2 Akhlak   
Akhlak ialah sifat yang luhur yang lahir dari keimanan seseorang. Keindahan dan kecantikan manusia ialah kerana hiasan dari akhlak yang indah dan mulia. Akhlak dalam Islam mencakupi segala hubungan kemanusiaan dan juga hubungan manusia dengan alam. Moral behaviour dari pandangan Islam adalah tingkahlaku manusia dengan kemahuan yang mulia untuk tujuan yang mulia juga. Manusia yang berakhlak adalah manusia yang mulia dari segi zahir dan batin.    
Prinsip-pinsip akhlak terdapat di dalam berbagai kegiatan hidup manusia seperti dalam sistem social, saintifik, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Nilai-nilai tersebut bersifat konsisten dan tidak berubah.   
Binaan akhlak Islam yang hakiki seperti yang dikehendaki olh Allah s.w.t. selaras dengan hakikat kemanusiaan dan hakikat kewujudan atau kehidupan. Akhlak Islam terbina dari keimanan manusia terhadap Allah s.w.t. sebagai pencipta pengurus alam. Begitu juga hasil dari keimanan manusia terhadap wujudnya ban akhirat dan manusia akan dibangkitkan dan menerima balasan yang setimpal terhadap amalan mereka di dunia. Firman Allah:   
Terjemahan: maka Adakah orang Yang membangunkan Masjid Yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang Yang membangunkan Masjid Yang didirikannya di tepi jurang Yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia Dengan Yang membangunkannya ke Dalam api neraka? dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang zalim. (Surah :109).   
   
Kesimpulannya, akidah sebagai asas kepada akhlak. Akidah menjadi faktor penentu yang dapat menahan manusia dari mengikut hawa nafsu dan melakukan perkara-perkaia yang dilarang oleh Islam. Dengan ini akan terserlahlah nilai-nilai murni yang lahir dari insan mukmin yang sentiasa tunduk dan akur dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam.   
2.2.3 Syariah   
Syariah Islam mempunyai lima rukun yang menjadi tapak di atas tertegaknya Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadat, sembahyang, zakat, puasa dan haji. Amalan terhadap rukun Islam ini merupakan sebagi bukti di atas asas-asas keimanan dalam diri seseorang. Al-Maududi menyatakan hubungan di antara Iman dan Islam laksan hubungan pohon dan akarnya. Sabda Rasulullah s.a.w:   
Maksudnya: Islam adalah bahawa engkau mengaku tidak ada tuhan melainkan Allah s.w.t. dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, engkau didirkan solat, engkau keluarkan zakat, engkau berpuasa di Bulan Ramadhan dan engkau tunaikan haji ke Baitullah jika mampu, (Hadith Riwayat Muslim)   
   
Syariat Islam terletak dan terjelma dalam gerak geri dan perbuatan manusia sehari-harian. Syariat Islam ialah segala peraturan Allah s.w.t. yang mengandungi undang-undang suci bagi mengatur kehidupan manusia samada: dalam aspek ibadah, dan juga muamalat seperti dalam kegiatan perniagaan, sosial, politik, pendidikan dan sebagainya. Sesiapa yang mematuhinya akan diberi balasan pahala dan yang melanggarnya akan mendapat dosa. Hukum-hukum syariat mengandungi lapan jenis iaitu:   
a) Wajib – mendapat pahala apabila dikenakan dan mendapat dosa apabila meninggalkannya seperti sembahyang lima waktu sehari semalam.   
b) Sunat – diberi pahala apabila mengenakannya dan tidak dikenakan dosa apabila meninggalkannya seperti bersedekah.   
c) Makruh – diberi pahala apabila meninggalkannya dan tidak berdosa melakukannya seperti makan terlalu kenyang.   
d) Haram – mendapat pahala jika meninggalkannya dan mendapat dosa jika dikenakan seperti mencuri.    
e) Harus – tidak mendapat pahala atau berdosa jika dilakukan seperti makan.   
f) Sah – sesuatu yang mencukupi syarat dan rukunnya mengikut syara'.   
g) Batal – sesuatu yang tidak mencukupi rukun dan syaratnya menurut syara'.   
h) Halal – boleh digunakan setelah mengikut syarat tertentu.   
Dengan adanya hukum-hukum syariat itu dapatlah seseorang itu memahami berat ringannya tuntutan perintah dan larangan dalam Islam mengenai urusan dunia dan akhirat   
2.3 Islam Agama Universal   
Agama Islam merupakan sitem hidup yang paling layak dan sesuai untuk manusia. Sebuah sistem hidup yang menjamin kesejahteraan bidup manusia. Ia merupakan cara hidup yang serasi dengan hukum-hukum alam.   
Kesejahteraan Islam dapat dilihat dari aspek-aspek berikut:   
a) Sistem: Islam adalah satu sistem hidup dari Allah s.w.t. untuk manusia seluruhnya. Sistem hidup Islam dibentuk atas dasar ilmu berbanding dengan sistem yang lain yang berasaskan kejahilan dan kekurangan. Allah s.w.t. 'mencipta sistem hidup Islam yang sempurna sesuai dengan hukum-hukum dan tabiat manusia.   
b) Cara hidup: Islam ialah cara hidup yang menyeluruh yang mengatur semua bahagian dari kehidupan manusia. Islam adalah satu cara hidup yang lengkap merangkumi semua kegiatan hidup manusia.   
c) Bimbingan: Sudah menjadi kehendak Allah s.w.t. bahawa setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi samada manusia atau haiwan lebih suka kejahatan daripada kebaikan serta mereka mudah dipengaruhi nafsu peribadi. Oleh itu mereka memerlukan bimbingan agama samada dalam bentuk bimbingan atau larangan yang mutlak dari Allah s.w.t.   
d) Akal terpimpin: Akal fikiran yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada mannsia terbatas sifatnya. Manusia tidak dapat raenilai sesuatu kebenaran dan kebatilan secara tepat jika akal fikiran mereka tidak dibimbing oleh agama dan syara'. Oleh itu manusia diberikan beban atau taklif iaitu perintah-perintah dan larangan menurut agama Allah s.w.t. iaitu Islam. Ia bertujuan memperbaiki dan memimpin jalan-jalan yang dilalui oleh akal fikiran mereka.   
e) Tetap: Nilai-nilai hidup Islam bersifat tetap dan tidak dapat dipermainkan. Islam ialah agama yang tetap yang mempunyai ukuran nilai yang teguh. Menurut Islam, apa yang baik pada masa dahulu adalah yang baik pada masa sekarang dan akan datang. Misalnya perbuatan zina itu jahat dan ia akan menjadi jahat sampai bila-bila masa pun. Oleh itu Islam mempunyai nilai ukuran yang tetap dan teguh ini, maka tidak ada kuasa yang boleh mempermainkan nilai-nilainya yang tetap dan teguh ini serta mempermainkan nilai-nilainya untuk kepentingan sendiri atau golongan yang berkuasa.   
f) Tiada kasta: Islam ialah sistem untuk semua manusia dan bukannya untuk golongan atau bangsa-bangsa tertentu. Agama Islam ialah sistem hidup untuk semua manusia di dunia. Ia menyediakan peraturan hidup dengan melihat Islam itu dari sudut kemanusiaannya. Kerana itu ia tidak mmberi keistimewaan kepada suatu bangsa. Bahkan kebaikan seseorarig itu dilihat dari segi bakti dan amalan baiknya serta kesempurnaan ibadamya kepada Allah s.w.t. Islam bukanlah sistem untuk satu-satu zaman malahan ia adalah untuk setiap masa dan tempat. Peraturannya sesuai untuk dijalankan di dalam masyarakat manusia di seluruh dunia. Perjalanan sejarah memperlihatkan Islam telah berkuasa di barat dan timur. Ia juga telah melahirkan tamadun agung di Sepanyol. Ia juga pernah melahirkan tamadun di Kepulauan Melayu dan India sebagaimana ia membangunkan tamadun di Afrika dan Asia Barat   
g) Fitrah: Peraturan hidup Islam selaras dengan fitrah manusia. Islam menggalakkan manusia berusaha menuju kepada pembentukan manusia sempurna. Kelakuan, perbuatan, perkataan, pemikiran dan kecenderungan manusia selari dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Islam. Untuk mencapai tujuan itu Islam telah menetapkan peraturan-peraturan yang dapat dicapai dan dilaksanakan oleh manusia dalam batas-batas kemampuan mereka. Disebabkan itu, peraturan-peraturan yang ditetapkau Islam bersifat sederhana dan tidak berlawanan dengan fitrah dan tabiat semulajadi manusia.   
Di antara contoh-contoh kesederhanaan peraturan-peraturan dan hukum-hukum Islam ialah peraturan membelanjakan harta benda. Islam melarang berbelanja dengan boros tetapi melarang sifat kikir (kedekut) dan bakhil. Di dalam beribadah pula Islam menentukan suruhan mengerjakan sembahyang itu sunat dan wajib. Ibadat ini antara lainnya merupakan tanda syukur hamba kepada tuhannya. Walaubagaimanapun sembahyang wajib hanya lima kali sehari sahaja. Manakala sembahyang yang lain merupakan amalan sunat sahaja. Islam tidak membebankan umatnya kerana sifat Islam itu yang tidak membebankan. Islam yang membawa erti selamat bertujuan menjaga dan memelihara kehidupan semulajadi manusia. Firman Allah:   
Terjemahan: Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumNya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah an Nisa’:28).   
   
2.4 Risalah Islam Untuk Semua Umat   
Allah s.w.t telah menawarkan kepada langit, bumi dan gunung-ganang imtuk menerima dan memikul amanah melaksanakan Islam. Namim begitu mereka telah menolak amanah tersebut kerana ia terlalu berat bagi mereka untuk dilaksanakan. Firman Allah s.w.t. :   
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan. (Surah al ahzab:72).   
   
Akhirnya tugas memikul tanggungjawab Islam ini ditaklifkan kepada umat manusia selaras dengan kejadian manusia dan persediaan akal fikiran, kekuatan jasmani dan rohani Di samping itu manusia mempunyai sifat-sifat pelupa, lemah ingatan, bodoh dan kufur. Allah s.w.t. mencipta manusia dan Dia maha mengetahui tentang sifat-sifat manusia baik lahir ataupun batin. Hawa nafsu manusia sangat tertarik kepada hal-hal yang buruk dan tercela lagi celaka.   
Kehidupan manusia kerana akalnya tidak pernah statik. Ia tumbuh dan berkembang terus menerus dan mengalami perubahan. Allah s.w.t. mencipta manusia dan diturunkan Islam sebagai peraturan atau jalan hidup bagi manusia mengikutinya. Dengan peraturannya itu Allah s.w.t. yang maha Pengasih dan Penyayang menurunkan Rahman dan RahimNya. Aturan itulah yang disebut di atas sebagai Sunnah Allah. Sunnah Allah di atas alam material adalah untuk mewujudkan keselarasan dalam gerak dan peristiwanya. Sunnah Allah atas alam manusia adalah untuk mewujudkan salam (keselamatan) dalam kehidupan dirinya.    
Oleh yang demikian jelaslah Allah s.w.t. mewajibkan manusia agar mereka memperhambakan dirinya kepada Allah s.w.t. adalah untuk kepentingan hamba itu sendiri. Soal manusia patuh atau tidak terhadap Allah tidak ada untung ruginya bagi Allah. Allah s.w.t. tidak memerlukan manusia kerana Allah s.w.t. adalah maha berkuasa dan Dia tidak mengkehendaki benda dari manusia.    
Sesungguhnya manusialah yang memerlukan benda dari Allah. Dengan mentaati suruhan Allah s.w.t. maka akan wujudlah salam dan kesejahteraan bagi manusia. Apabila manusia mengingkarinya maka manusia bersifat zalim kepada diri sendiri. Dengan kepatuhan kepada syariat Islam, maka manusia akan hidup sesuai dengan hak kewajipannya sebagai manusia. Dengan mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Al-Quran manusia mewujudkan kemamsiaan kerana ayat-ayat Al-Quran ditentukan oleh Allah s.w.t. sesuai dengan hakikat penciptaannya.   
Setelah manusia diciptakan Allah s.w.t. dia diutuskan ke bumi berperanan sebagai khalifah atau pengurus alam. Dengan akal fikiran yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada manusia, maka ia melebihi makhluk-makhluk lain. Dengan akal ia dapat mengatasi masa dan wakta. Sedangkan tumbuhan terikat oleh tempat dan waktu. Manusia dapat mengembara di bumi bahkan juga keluar dari bumi.   
Dengan jasadnya manusia melebihi makhluk-makhluk halus yang berakal kerana ia dapat mencipta di alam material. Pengalaman yang dilalui manusia diubah oleh akalnya menjadi pengetahuan. Akal membentuk tanggapan (idea) konsep dan teori. Tangan digunakan sebagai alat untuk memegang. Akal membantu tangan melakukan penyelidikan dan ujikaji sehingga manusia menemui pengetahuan, menemui rahsia-rahsia alam mendapatkan sunnah Allah. Dengan kerjasama antara akal dan tangan, tanggapan, idea, konsep dan teori yang bersifat abstrak bolehh diwujudkan menjadi konkrit. Demikianlah kerjasama antara akal dan jasad memungkinkan manusia mewujudkan perkara baru serta menjadikan sesuatu yang tiada menjadi adal Makhluk yang berjasad jika berakal sekalipun tidak mungkin berbuat demikian.   
Sebagai kesimpulah tujuan diturunkan Islam adalah:    
a) Islam memberi pengajaran dan pendidikan kepada manusia bahawa Tuhan yang maha Esa iaitu Allah sebagai pencipta dan bukan dicipta.   
b) Islam menjelaskan bahawa Allah s.w.t. telah menetapkan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Manusialah pengurus kepada alam haiwan, tumbuh-tumbuhan, batu-bata, air, udara, api dan sebagainya merupakan kelengkapan yang disediakan oleh Allah s.w.t. untuk manusia menggunakan dan mengikut garis panduan syarak yang telah ditentukan oleh Allah. Barangsiapa di kalangan manusia yang melanggar peraturan Allah s.w.t. maka ia dikenakan dosa dan barangsiapa yang mengikutnya maka mereka dikurniakan pahala.   
c) Islam menjelaskan tentang ada lagi kehidupan yang kekal abadi selapas kematian iaitu kehidupan di akhirat.   
d) Islam mendidik manusia agar sentiasa bersyukur atas limpahan nikmat dan rahmat Allah s.w.t. sehingga dapat hidup dipenuhi dengan kebaktian kepada Allah. Beribadah hanya kepada Allah s.w.t. agar dapat membentuk jiwa mukmin yang tenang dan damai.   
e) Islam juga mendidik manusia supaya ikhlas mentaati setiap peraturan dan undang-undang, baik datang dari Allah s.w.t. ataupun Rasul atau dari manusia mengikut landasan yang benar.   
f) Islam juga mendidik manusia supaya masing-masing mempunyai budi pekerti yang luhur atau berakhlak baik terhadap khaliq dan makhluk Hormat menghormati dan tolong menolong dalam setiap kebaikan dan kebenaran, serta tidak sombong atau takbur hidupnya di muka bumi.    
g) Islam mendidik manusia supaya berani menegakkan kebenaran, kebaikan, kejujuran dan keadilan serta takut melakukan kesalahan dan melanggar hukum syarak.   
2.5 Rasul Pembawa Risalah Islam   
Kepercayaan terhadap rasul adalah salah satu daripada rukun iman. Setiap muslim wajib percaya bahawa Allah s.w.t. telah mengutuskan rasul-rasul dari kalangan manusia untuk memberi perkhabaran baik terhadap mereka yang melakukan kebaikan dan ancaman terhadap mereka yang melakukan kejahatan.   
2.5.1 Tuiuan Diutuskan Rasul   
Tujuan utama diutuskan rasul-rasul oleh Allah s.w.t. ialah untuk mengajak ummat manusia beribadah kepada Allah s.w.t. serta menegakkan agamanya. Firman Allah:   
Terjemahan: dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku". (Surah al Anbiya’:25).   
   
Para rasul telah menjalankan tugas mereka untuk memperkenalkan Allah s.w.t. yang maha Esa yang penuh berkuasa atas segala makhluknya dan mereka menyampaikan segala hukum dan undang-undang Allah s.w.t. yang wajib dipatuhi dan segala larangan yang mesti dijauhi dan wajiblah mempercayai bahawa mereka semua telah menyampaikan seruan Allah s.w.t. dengan penuh kejujuran.   
Allah telah menyokong mereka dengan berbagai mukjizat supaya manusia membenarkan seruan mereka. Mukjizat itu adalah perkarayang luar biasa yang melampaui akal fikiran manusia. Ia terjadi di luar kemampuan manusia, di luar logik akal dan ilmu. Rasul-rasul yang diutuskan merunakan manusia pilihan Allah s.w.t. untuk memandu manusia ke jalan yang lurus yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat.   
2.5.2 Wajib Beriman Kepada Rasu-Rasul   
Al-Quran menyeru umat manusia supaya beriman kepada semua rasul-rasul Allah. Firman Allah:   
Terjemahan: Katakanlah (Wahai orang-orang Yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa Yang diturunkan kepada Kami (Al-Quran), dan kepada apa Yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa Yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa Yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana Yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan Kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata". (Surah al Baqarah:136).   
   
AI-Quran menyatakan bahawa ada orang-orang yang beriman kepada setengah rasul-rasul dan sebaliknya mengingkari yang lain yang tidak diterima agama mereka.   
Islam telah menentukan prinsip yang teguh untuk memupuk semangat saling mengerti, persaudaraan dan perpaduan antara umat manusia dalam usaha mencari kebajikan bersama.   
Inilah di -antara sifat-sifat keistirnewaan agama Islam yang rnembuka seroangat persefahaman yang seluas-luasnya di antaranya dengan agama-agama lain kerana Islam telah mewajibkan kepada penganutnva agar percaya dan menghormati nabi-nabi dan rasul Allah.    
Orang yang mengkaji dengan jujur temyatalah bahawa cara Islam menyatupadukan agama-agama menerusi risalah Muhammad adalah cara yang paling selamat untuk kemakmuran dunia. Ini kerana Islam telah mengakui semua agama langit adalah wahyu dari tuhan. Islam menegaskan pula disebabkan perjalanan kurun demi kurun dan dari generasi ke generasi menyebabkan berlaku penyelewengan dari hakikat agama-agama itu sendiri.   
Islam menyeru seluruh umat manusia supaya menerima al-Quran yang terkumpul di dalamnya segala intisari dan kebaikan-kebaikan kitab Allah s.w.t. yang terdahulu. Di samping menambahkan lagi perkara-perkara baru yang selaras dengan perkembangan dan keperluan asasi manusia di zaman kebelakangan ini. Semua para rasul terikat kepada arahan Allah s.w.t. terhadap apa-apa tindakan dan kegiatan yang mereka lakukan   
2.5.3 Setiap Umat Diutuskan Rasul   
Undang-undang Allah s.w.t. yang dipertanggungjawabkan kepada manusia memerlukan rasul untuk memandu mereka ke jalan yang benar. Hubungan seorang Muslim dengan rasul Allah s.w.t. hendaklah didasarkan ke atas tabiat mereka itu selaras pula dengan tugas mereka. Maka janganlah manusia melampaui batas hingga mengaggongkan mereka ke taraf tuhan atau anak tuhan kerana mereka sebenarnya dari golongn manusia juga yang dipilih Allah s.w.t.   
Orang-orang Yahudi dan Nasrani telah mengangkat darjat nabi-nabi mereka ke darjah ketuhanan. Sikap ini telah melampaui batas dan ini merupakan syirik yang timbul dari kesesatan mereka sendiri. Jelasnya pertalian antara kaum muslimin dan rasul-rasul Allah s.w.t. ialah pertalian menerima syariat dan ketaatan. Ini kerana perkara-perkara yang terkeluar dari rasul merupakan terkeluar juga dari suruhan Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. sahaja tempat kita beriman. Dialah yang mengutuskan rasul-rasul ke dunia untuk memandu manusia menuju ke jalan keselamatan dan kesejahteraan.   
2.5.4 Nabi Muhammad Diutus Untuk Semua Umat   
Risalah Nabi Muhammad s.a.w adalah diutuskan untuk seluruh bangsa dan umat manusia. Sebagai penyempurna kepada risalah tauhid dakwahnya adalah dakwah yang sudah pasti akan kekal untuk selama-lamanya. Di dalamnya terkandung unsur-unsur kehidupan dan kemaslahatan duniawiah dan ukhrawiah. Firman Allah:   
Terjemahan: ... pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu... (Surah al Maidah:3).   
   
Sebagai rasul terakhir Nabi Muhammad S.B.W telah berhasil mendakwah umat manusia dalam aspek-aspek berikut:   
a) Rasulullah telah berjaya menghapuskan pemujaan dan penyembahan terhadap berhala-berhala dan digantikan dalam jiwa umat manusia dengan cahaya keimanan kepada Allah.   
b) Baginda telah berjaya menghapuskan nilai-nilai jahiliah dalam kalangan bangsa Arab khususnya dan umat manusia amnya sebagai gantinya mengganti semula dengan kemuliaan akhlak yang berteraskan keimanan.   
c) Rasulullah telah berjaya menegakkan agama yang hak yang menjadi teras kepada pembinaan tamadun manusia.   
d) Rasulullah telah berjaya menyatukan bangga Arab iaitu antara kabilah Aus dan Khazraj dan antara kaum Muhajirin dan Ansar serta bernaung di bawah kepimpinan Rasulullah yang bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah baginda.   
2.5.5 Bukti-Bukti Kerasulan Muhammad s.a.w   
a) Rasulullah seorang yang zuhud di dunia ini. Baginda tidak pernah mengharapkan upah atau balasan di atas tugas risalahnya. Baginda juga zuhud dan segi harta benda, pangkat dan kemasyhuran yang bersifat duniawi.   
b) Baginda seorang yang ummi. Baginda tidak boleh menulis dan membaca. Walaubagaimanapun baginda berjaya menjalankan tugasnya sebagai seorang rasul yang menyampaikan risalah Islam kepada umat manusia.   
c) Sebagai bukti kebenaran kenabiannya baginda bersifat benar (al siddiq). Segala ucapah dan kata-kata baginda sentiasa benar. Hal ini telah disaksikan oleh umat pada zaman kenabiannya sehingga baginda digelar al-Amin.   
d) Dalam Injil Yahya (Yuhana) 16:12,13 ada menyebut “Banyak lagi perkara yang aku hendak katakan kepadamu, tetapi sekarang ini tiada dapat kamu menanggung dia. Akan tetapi apabila ia sudah datang, iaitu Roh Kebeneran, maka ia pun akan membawa kamu kepada kebenaran kerana tiada ia berkata-kata dengan kehendaknya sendiri, melainkan barang yang didengamya itu juga akan dikatakannya dan dikhabarkannya kepadamu perkara yang akan datang”.   
Sebagai kesimpulannya Rasulullah s.a.w bertugas mengajar manusia untuk mengenal tuhan mereka dengan pengetahuan yang benar. Mengajar manusia tentang akidah dan ibadah mengikut garis panduan yang ditentukan Allah. Baginda memandu manusia di dunia supaya membersihkan rohaniah agar bebas dan belenggu hawa nafsu agar manusia menjadi insan yang kamil.   
    
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com



Tajuk 3 : Budaya, Etika dan Akhlak Islam

3.0 Pengenalan
Islam adalah sebagai cara hidup bagi semua orang Muslim. Seorang Muslim wajib mengikut semua peraturan Islam tanpa meninggalkan walau pun satu bahagian. Jika Islam diamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain maka akan cacat kehidupan orang Muslim itu. Perintah supaya mengambil semua ajaran Islam untuk diamalkan boleh merujuk kepada firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata. (Surah al Baqarah:208).

Melalui sistem ini setiap Muslim tidak akan terlepas daripada mengikuti semua ajaran Islam dalam diri mereka sehingga ajaran Islam dapat dibudayakan dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
3.1 Budaya
Abu Bakar Hamzah di dalam bukunya Sejarah Kebudayaan Islam, bahawa kebudayaan ialah sesuatu yang dihasilkan oleh manusia dalam bentuk abstrek iaitu sesuatu yang tidak dapat rasa oleh pancaindera rasa iaitu pemikiran. Ia dicetuskan oleh akal dan budi manusia. S. Khuda Bukhsh di dalam bukunya Contributions to The History of Islamic Civilization, menjelaskan bahawa perkataan culture (kebudayaan) berasal daripada perkataan cultivation of land (pertanian). Justeru itu kebudayaan pada pandangan beliau lebih bersifat pencapaian dalaman atau pemikiran.
3.1.1 Definisi budaya
Drs. Sidi Gazalba di dalam bukunya Pengantar Kebudayaan Sebagai Ilmu telah mengumpulkan definisi kebudayaan:
1 Sutan Takdir Ahlisyahbana mengatakan kebudayaan sebagai manifestasi dari cara berfikir
2 Haji Agus Salim mengatakan kebudayaan ialah persatuan antara budi dan daya menjadi makna yang sejiwa, tidak lagi menerima dibagi atau dipisah-pisah antara dua maknan itu. Budi memjandungi makna akal, fikiran, pengertian, faham, pendapat, ikhtiar, perasaan dan daya mengandungi makna tenaga, kekuatan, kesanggupan. Maka kebudayaan mengandungi makna leburan daripada dua makna tadi dan ertinya himpunan segala usaha dan daya-upaya yang dikerjakan dengan menggunakan hasil pendapat budi, untuk memperbaiki sesuatu dengan tujuan mencapai kesempurnaan.
3 Hatta mengatakan kebudayaan sebagai ciptaan hidup daripada sesuatu bangsa.
4 Sukarno mengatakan kebudayaan yang dikatakannya sebagai ciptaan hidup yang timbul dari manusia.
5 Sunarjo Kolopaking mengatakan kebudayaan sebagai "totaliti daripada milik dan hasil usaha (prestasi) manusia yang diciptakan oleh kekuatan jiwanya dan oleh proses saling mempengaruhi antara kekuatan jiwa tadi dan antara jiwa manusia yang satu dan jiwa manusia yang lain.
Drs. Sidi Gazalba juga telah mengambil pendapat sarjana-sarjana barat:
1 Zoet Mulder mengatakan kebudayaan sebagai "perkembangan terpimpin oleh manusia budiawan dari kemungkinan-kemungkinan dan tenaga-tenaga alam, terutama alam manusia, sehingga ia merupakan satu kesatuan harmoni".
2 Duyvendak pula mengatakan bahawa kebudayaan sebagai "jumlah pernyataan rohani manusia, seperti terdapat dalam satu masyarakat dalam 1001 saling hubungannya"
3 K.A. Hidding mengatakan kebudayaan sebagai "cara hidup bersama".
4 J. Van Baal pula mengatakan bahawa kebudayaan sebagai "kita".
5 Langevel menjelaskan bahawa kebudayaan "adalah perwujudan nilai-nilai dan produknya".
Drs. Sidi Gazalba merumuskan bahawa kebudayaan ialah cara berfikir dan cara merasa, yang menyatakan diri dalam seluruh segi kehidupan dan segolongan manusia yang membentuk kesatuan sosial, dalam suatu ruang dan suatu waktu.
3.1.2 Budaya Islam
Budaya Islam ialah cara hidup Islam. Firman Allah s.w.t
Terjemahan: dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi. (Surah ali ‘Imran:85).

Dalam budaya Islam merangkumi semua persoalan hidup untuk kebaikan di dunia dan di negeri akhirat seperti budaya menuntut ilmu, berjamaah, berpolitik, berekonomi, bersosial, berkeluarga, seni, sains teknologi, akhlak, kejiranan, perpaduan dan sebagainya. Islam dilaksanakan dalam kehidupan umat Islam dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar urusan berpandukan kepada syariat Islam. Islam telah melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang berpandukan kepada ajaran Islam. Agama Islam telah menghasilkan suatu masyarakat yang berfikir secara Islam, beramal secara Islam, berakhlak secara Islam, berpolitik secara Islam, berekonomi secara Islam, bersosial secara Islam dan semua perkara yang dilakukan adalah berpandukan kepada ajaran Islam. Firman Allah s.w.t.:
Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam. (Surah ali ‘Imran:102).

Firman Allah s.w.t. lagi:
Terjemahan: katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah al An’am:162).

Berdasarkan kepada ayat di atas menunjukkan segala perbuatan yang dilakukan oleh seorang Muslim adalah semata-mata kerana Allah s.w.t. dan dilaksanakan sebagai cara hidup Islam itu sepanjang hayat.
3.1.3 Ciri-Ciri Budaya Islam
Setiap masyarakat mempunyai budaya yang tersendiri. Pada keseluruhannya ciri-ciri budaya Islam ialah:
i. Berpandukan kepada al Quran dan al Hadith.
ii. Berlandaskan kepada hukum syarak.
iii. Mengutamakan Allah s.w.t. dan Rasu s.a.w. dalam semua perkara.
iv. Mementingkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
v. Penggunaan basasa Arab dalam ibadah.
vi. Seimbang antara unsur jasmaniah dan rohaniah.
vii. Sentiasa ada hubungan dengan Allah – manusia – alam sekitar.
viii. Kehalusan tata susila dalam hubungan sesama insan.
3.2 Etika
Seperti telah diketahui bahwa etika itu dilihat dari sumber dan sifatnya, ada Etika Keagamaan dan ada Etika Sekuler. Kemudian Etika Keagamaan ada bermacam-macam pula, yaitu Etika Keagamaan yang bersifat Politheistik, bersifat Zuhud, dan bersifat Monotheistik.
Wujud atau contoh-contoh Etika Keagamaan telah jelas bagi semua orang, sebab mengenai hal ini orang mempelajari ajaran-ajaran agama yang dikehendaki di bidang etika.
Tetapi Etika Sekuler, mana wujud atau contoh-contohnya?
Terlebih dahulu perlu diketahui, bahwa Etika Sekuler "alah etika yang tidak berdasarkan pada ajaran agama dan ianya bersifat duniawi semata-mata. Tentu saja menurut pengertian ini, materi Etika Sekuler berupa semua etika yang tidak berdasarkan pada ajaran agama, atau yang tidak berdasarkan pada kepercayaan kepada Tuhan dan kehidupan akhirat Beberapa contoh materi Etika Sekuler itu, ialah:
1 Pergaulan bebas antara laki-laki dan wanita (bukan marham), saparti yang merajalela melanda masyarakat kota-kota besar.
2 Cara-cara berpakaian yang tidak menutupi/melindungi bagian-bagian tubuh yang rahasia, karena yang diutamakan dalam berpakaian ialah segi kecantikan/keindahan saja, dengan tanpa menghiraukan segi-segi yang penting lainnya seperti segi agama/etika dan segi kesihatan.
3 Sistem tunangan/pacaran seperti yang banyak dilakukan orang dalam masyarakat yang telah maju, dimana hubungan pria dan wanita yang bersangkutan demikian intim dan bebas, seolah-olah keduanya sudah merupakan suami-istri yang syah. Pemilihan-pemilihan ratu kecantikan, yang pada hakekatnya hanyalah merendahkan martabat kaum wanita itu sendiri.
3.3 Akhlak Islam
3.3.1 Akhlak Rasulullah s.a.w.
Beberapa contoh berikut ini, mungkin akan dapat menggambarkan sedikit tentang betapa mulia budi pekerti Nabi Muhammad SAW. Ali bin Abi Tholib berkata, bahwa "Muhammad adalah orang yang paling lapang dada, paling benar lidah, paling lembut perangai dan paling mulia dalam pergaulan".
Tidak pernah ia menyusahkan ahli rumahnya dalam soal makan minum atau dalam soal yang lain-lain. Pada waktu lapar, ia hanya bertanya: "Adakah makanan pada kamu?" Kalau ada, ia makan dan kalai tidak ada ia diam.
Dia tidak makan sebelum lapar, dan kalau makan tidak aampai kenyang. Ukuran makan minumnya ialah: sepertiga perutnya untuk makan, sepertiga lagi untuk minum, dan sepertiga lainnya untuk nafas. Dia mencela orang yang banyak makan sebab "Pokok bagi tiap-tiap penyakit ialah banyak makan".
Tidak pernah ia memukul siapapun, kecuali di dalam peperangan.
Tidak pernah ia marah atau berkata-kata kasar kepada perabantu rumah tangganya. "Saya menjadi pelayan Rasulullah 10 tahun lamanya. Tidak pernah dalam masa 10 tahun itu, ia ucapkan kata ah! kepadaku, dan tidak pernah ia berkata "Mengapa kau berbuat demikian?" atau "Mengapa kau tidak berbuat begin!?". Ini pengakuan Anas sendiri, pembantu rumah tangga Nabi.
Istrinya yang bernama Aiayah menerangkan: "Rasulullah itu di dalam rumah tangganya, adalah seorang manusia yang paling lemah lembut, terus tersenyum, terus tersenyum".
Dalam suatu perjalanan, masing-masing dari para sahabat mengambil bagian dalam menyembelih dan memasak seekor kambing dan ia sendiri juga ikut ambil bagian dalam pekerjaan itu, yaitu mencari kayu bakarnya. Para sahabat keberatan ia ikut bekerja, sebab semua pekerjaan dapat mereka selesaikan sendiri. Tetapi ia menjawab:"Aku tahu yang demikian itu, tetapi aku tidak suka kelihatan berbeda dari sahabat-sahabatku, karena sesungguhnya Allah tidak suka mehliat seseorang yang diistimewakan dari sahabat-sahabatnya".
Pada waktu datang utusan Najasi, ia sendiri yang melayani tetamunya itu. Para sahabat meminta, agar merekalah yang melayaninya, tetapi ia menjawab: "Mereka pernah memuliakan sahabat-sahabatku waktu berhijrah ke sana, maka sekarang aku hendak membalas budi mereka."
Tidak pernah ia ucapkan perkataan yang rendah atau keji, demikian juga celaan atau makian. Dia berbicara kepada seseorang, selalu menurut kadar kemampuan akal yang di ajak bicara. Dia terima dengan sabar kekasaran orang dalam berbicara atau dalam mengajukan pertanyaan-pertanyaan. Tidak pernah ia putuskan pembicaraan orang lain yang sedang berkata-kata. Tidak pernah ia berkata-kata, kalau tidak ada faedahnya. Kalau ada yang berbicara di telinganya, ia dengarkan baik-baik sampai selesai. Kata-katanya baik dan ringkas, tetapi luas pengertiannya, seperti yang dikatakannya sendiri: "Aku diberi kemampuan berkata-kata yang ringkas, tetapi luas pengertiannya".
Seringkali kejahatan orang tetapi ia balas dengan kebaikan. Dia maafkan orang yang berlaku aniaya kepadanya. Dia hubungi orang yang memutuskan perhubungan dengannya.
Apabila ia girang, ditundukkannya pandangannya. Tidak pernah ia marah atau memburu kemenangan buat diri sendiri. Kalaupun ia marah, sebabnya ialah karena sesuatu larangan Tuhan dilanggar. Jika ia tidak suka sesuatu, kelihatan pada air mukanya.
Ia muliakan orang yang dipandang mulia oleh kaumnya, dan ia angkat sebagai ketua mereka.
Sering ia menanyakan sahabat-sahabatnya yang tidak kelihatan dalam majlis, ia tanyakan perihal suka duka mereka. Dalam majlis ia suka duduk di mana saja yang masih kosong, dengan tidak memilih tempat yang berbeda dengan yang lain. Dalam majlisnya tidak ada orang yang mengangkat suara keras atau bertengkar, dan tidak ada yang merasa berbeda antara satn dengan lainnya. Dia suka mengajak musyawarah sahabat-sahabatnya dalam berbagai persoalan.
Dia suka bergurau dengan sahabat-sahabatnya dengan cara yang; sopan dan pantas, dan ia panggil sahabat-sahabatnya itu dengan sebaik-baik nama. Kata Abdullah bin Al-Haris: "Saya belum pernah melihat orang yang lebih banyak senyumnya daripada Rasulullah". Dia juga suka bergurau dengan anak-anak, ia dukung mereka, ia peluk mereka dan ia cium mereka. Bahkan pernah waktu ia sedang shalat, punggungnya ditunggangi cucunya, tetapi ia diamkan saja dan tiada marah.
Dia selalu memulai memberi salam atau jabat tangan setiap kali bertemu sahabat-sahabatnya. Dan kalau berjabat tangan dengan seseorang, ia tidak segera menarik tangannya sebelum orang yang dijabat itu menarik tangannya.
Dia muliakan orang yang datang bertamu ke rumahnya dan seringkali ia bentangkan kain selendangnya atau memberikan bantalnya buat alas duduk tetamunya. Kalau didengarnya ada tamu datang, padahal ia sedang shalat, ia percepat shalatnya untuk segera menemui tamunya, dan sesudah selesai melayani tamunya, ia kembali shalat lagi
Ia suka memerah susu kambingnya dengan tangannya sendiri. Dia tampal sendiri pakaian atau kasutnya yang koyak dan rusak. Dia urus sendiri keperluan dirinya.
Dia menyapu rumahnya. Tidak pernah ia terlihat diam percuma di rumahnya.
Kalan ada seseorang minta pertolongan, padahal waktu itu ia tidak punya apa-apa, ia sering minta supaya orang itu mau berhutang kepada orang lain atas tanggungannya.
Dia suka mendatangi sahabat-sahabatnya yang sakit sekalipun di tempat-tempat yang jauh di luar kota Medinah. Sa'ad menerangkan:" Aku pernah sakit. Rasulullah datang ta'ziah ke rumahku. Dia letakkan tangannya didahiku, ia sapu dadaku dan perutku sambil berdoa".
Kalau berjumpa jenazah, walaupun jenazah orang kafir, ia berdiri, lalu ia turut mengantarkan atau tetap berdiri sampai jenazah itu berlalu.
Dia suka memenuhi undangan, tidak saja undangan orang kaya, tetapi juga undangan orang-orang miakin. Ia lelalu menjawab panggilan siapa saja dengan perkataan yang amat sopan: Labbaik!
Dia selalu adil dalam segala hal, walaupun terhadap musuh sendiri. Dengan tegas ia katakan: "Jika sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, niscaya juga aku potong tangannya".
Dalam usahanya untuk adil ini, ia bagi belanjanya dengan rata antara isteri-isterinya, sebagaimana juga ia membagi giliran kepada mereka dengan adil. Kalau melalui rumah isteri yang di luar gilirannya, ia tidak mau masuk, tetapi cukup memberi salam dari luar dan bertanya tentang kabar keselamatannya. Dan kalau akan pergi jauh, ia undi isteri-isterinya; siapa yang menang undian, dialah yang menyertainya dalam bepergian.
Dia kasih kepada sesama manusia. "Kasihlah kepada orang yang ada di bumi, niscaya kamu akan dikasihi oleh yang ada di langit", demikian ia katakan.
Bahkan selain itu, ia juga sayang kepada binatang. Pernah ia sendiri membukakan pintu bagi seekor kucing yang hendak berlindung dari terik matahari. Pernah pula ia sendiri mengobati seeker ayam jantan yang sakit. Dia melarang membebani binatang terlalu berat dan berlaku kasar kepadanya. Dia minta hendaknya orang menajamkan pisau kalau menyembelih binatang, supaya binatangnya tidak lama tersiksa.
Dia sangat cinta kebersihan, sebab: "Kebersihan adalah cabang dari iman". Karena itu ia menyuruh orang selalu menjaga kebersihan dan kesehatan, sampai-sampai orang yang tidak membersihkan air kencingnya diancamnya dengan siksaan kubur.
Dia suka bersikat rambut dan memakai wangi-wangian dan pernah pula menegur orang yang kusut masai rambutnya karena tidak disikat.
Dia memotong kukunya, ia cukur rambut-rambutnya atau bulu-bulu di tempat-tempat yang tersembunyi, dan ia bersihkan lipatan-lipatan anggotanya.
Dia wajibkan mandi, tiap orang yang habis melakukan hubungan seks demikian juga tiap perempuan yang selesai datang bulan dan nifas.
Dia larang keras seseorang buang air di tempat-tempat orang berteduh, di tempat-tempat orang berjalan, dan di bawah pohon-pohon yang berbuah.
Sifat-sifat jasmani Rasulullah saw. tidak kalah elok pula dart keelokan sifat-sifat rohaninya.
Berdasarkan riwayat-riwayat yang ayah, dapatlah diketahui bahwa Rasulullah itu seorang laki-laki yang sangat ideal tubuhnya; tidak begitu tinggi dan tidak begitu rendah. Kulitnya putih kemerah-merahan; bukan putih sangat dan bukan pula merah amat. Wajahnya sebaik-baik wajah manusia, bercahaya hagaikan bulan purnama. Hidungnya mancung, sedikit bungkuk yang manis. Dahinya luas, pipinya sedang dan halus. Hitam matanya begitu hitam, putih matanya bercampur merah. Giginya putih bersih, dadanya bidang. Perutnya rata, jari-jarinya halus lemas. Tangannya lebih dingin daripada salju, lebih harum daripada minyak kasturi. Rambutnya mengombak: tidak begitu keriting dan tidak begitu lurus. Tubuhnya kuat sentiasa, tidak ada tolok bandingnya. Tiga kali berturut-turut ia bergulat melawan Rukanah dan berhasil merobohkannya, padahal Rukanah adalah seorang pegulat terkuat ketika itu. Pendek kata, sangat cantiklah rohani dan jaunani, Rasulullah. Abu Hurairah mengakui hal ini dengan kata-katanya: "Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih cantik daripada Rasulullah".
Isteri Rasulullah sendiri yang bernama Siti Aisyah dalam menerangkan kesimpulan sifat-sifat Rasulullah dengan ringkas tetapi tepat berkata, bahwa: "Kana khuluquhul-Qur'an", bahwa "Akhlaq Rasulullah ialah Al-Qur'an".
Ibnu Atsir dalam bukunya "An-Nihayah" menjelaskan, bahwa yang dimaksudkan dengan "Akhlaq Al-Qur'an" di situ ialah, bahwa Rasulullah itu selalu berpegang pada adab, perlntah-perintah, larangan-larangan, dan ketentuan-ketentuan apapun yang terkandung dalam Al-Qur'an. Jadi pribadi Rasulullah adalah manifestasi dan realisasi dari ajaran-ajaran Al-Qur'an.
Kesimpulannya: Pribadi dan Akhlaq Rasulullah s.a.w. memang luar biasa hebatnya. Karena itu tidak hairanlah kalau dalam memberikan komentar tentang pribadi Rasulullah, sehingga ada seorang sahabat pernah berkata: "Aku belum pernah melihat orang yang baik, dahulu maupun sekarang, seperti halnya Muhammad s.a.w.
3.3.2 Akhlak kepada Allah s.w.t.
Pada dasarnya, akhlaq manusia kepada Tuhan itu ialah bahwa hendaknya manusia itu beriman kepada Allah dan beribadah atau mengabdi kepadaNya, dengan tulus ikhlals. Beriman kepada Allah, artinya ialah mengakui, mempercayai, atau meyakini bahwa Allah itu ada, dan bersifat dengan segala sifat yang baik dan maha suci dari segala sifat yang buruk.
Seperti diketahui, bahwa di alam ini ada satu kekuatan tensebunyi yang menggerakkan dan mengatnr seluruh hal ihwal alam. Kekuatan tersembunyi itu bagi alam seperti halnya kemauan kita di dalam diri kita. Dialah yang menjadi sebab ada dan berlangsungnya seluruh kehidupan di alam ini dengan baik, meliputi kehidnpan manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, bumi, air, udara, dan benda-benda lainnya. Kekuatan tersembunyi ini ialah Allah, Tuhan Seru Sekelian Alam.
Beriman kepada Allah, tidak cukup hanya sekedar mempercayai akan adanya Allah saja, melainkan sekaligus juga hendaklah diikuti dengan beribadah atau mengabdi kepada Allah dalam kehidupan sehari-hari, yang merealisasikan yang berupa amalan dan perintah Allah dan dijauhinya segala larangan Allah. Semuanya ini dikerjakan dengan tulus ikhlas, semata-mata hatiya karena Allah saja.
Karena itu orang yang atheis atau orang yang tidak beriman kepada Allah, ia berarti tidak sopan kepada Allah. Demikian juga orang yang durhaka kepada Allah, ia juga tidak sopan kepada Allah.
Kata lain dari durhaka ialah maksiat. Maksiat di sini mungkin berupa tidak melaksanakan perintah Tuhan seperti sembahyang lima waktu, puasa ramadhan, berbakti kepada ibu bapa, menuntut ilmu pengetahuan, dan sebagainya, mungkin juga berbentuk melanggar larangan Tuhan seperti berjudi, minum minuman keras, mencuri, takabur, bohong dan lain sebagainya, atau mungkin juga berbentuk kedua-duanya: perintah-perintah Tuhan tidak dilaksanakan dan larangan-laranganNya juga tidak dijauhi.
Semua kedurhakaan ini apapun bentuk dan macamnya adalah maksiat, dan siapa melakukan kemaksiatan, berarti tidak sopan kepada Tuhan.
Rasulullah berseru: "Hai anak Adam, taatlah kepada Tuhan-mu, niscaya dinamakan engkau orang yang berakal, dan janganlah durhaka (maksiat) kepada-Nya, niscaya (kalau durhaka) disebut engkau orang yang bodoh". (Hadis Riwayat Abu Nu'aim).
Suatu dialog tentang ibadah kepada Tuhan, pernah terjadi antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan seorang sahabatnya yang bernama Muaz bin Jabal. Diriwayatkan, bahwa pada suatu hari Muaz duduk di belakang Nabi Muhammad di atas keledainya. Nabi berkata: "Hai Muaz, tahukah kamu apa hak Allah atas hamba dan hak hamba atas Allah?". Muaz menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui". Nabi menjelaskan: "Hak Allah atas hamba ialah, hendaknya hamba beribadah kepada Allah semata-mata dan jangan menyekutukanNya dengan apapun, sedang hak hamba atas Allah ialah, bahwa Allah tidak akan menyiksa orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu".
Atas dasar dialog Nabi Muhammad dengan Muaz bin Jabal ini, ibadah adalah hak Allah yang wajib ditunaikan oleh manusia. Maka beribadah berarti memenuhi apa yang menjadi hak Allah, dan sebaliknya tidak beribadah sama artinya dengan mencabul hak Allah, suatu perbuatan tak bermoral yang sangat tercela dan tidak dapat dibenarkan.
Selain itu perlu diingat pula, bahwa tujuan diciptakannya manusia oleh Tuhan ialah untuk beribadah kepadaNya. Firman Allah s.a.w. bermaksud: “Aku tidak jadikan jin dan manusia, melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu” (Surah al Zariyat ayat 56). Karena itu tidak beribadah, tidak saja merupakan perbuatan tak bermoral yang tidak dapat dibenarkan, tetapi juga berarti tidak memenuhi tujuan dijadikannya manusia oleh Tuhan.
Pengertian beribadah atau mengabdi kepada Tuhan sangat luas. Tidak mungkin dapat diterangkan di sini secara lengkap kerana ruang buku ini terbatas. Tetapi beberapa hal yang termasuk ke dalam pengertian "ibadah" itu yang tergolong penting dan perlu diterangkan, ialah: 1. Tidak mempersekutukan Allah dengan apapun juga. 2. Takut kepada Allah. 3. Cinta kepada Allah
3.3.2.1 Tidak Mempersekutukan Allah.
Mempersekutukan Allah ialah membuat syarikat atau sekutu bagi Allah dalam kemutlakan kedudukannya sebagai Tuhan. Tegasnya mempersekutukan Allah maksudnya mempertuhan sesuatu yang bukan Tuhan, sehingga selain Tuhan yang sejati (Allah) dianggap ada lagi Tuhan yang lain.
Perbuatan demikian disebut syirik, dan orang yang melakukannyg dinamakan musyrik. Syirik adalah dosa besar di samping dosa besar-dosa besar yang lain dalam Islam, seperti durhaka kepada ibu bapa, takabur, menjadi saksi palsu, dan lain sebagainya.
Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan: "Ingatlah, bukankah saya telah memberi tahu kamu berkenaan dosa yang paling besar diantara dosa-dosa yang besar?. Pertanyaan ini diucapkannya sampai 3 kali. Jawab para sahabat: "Betul ya Rasulullah". Sabda Nabi lagi: "Dosa paling besar itu ialah menyekutukan Allah dan berani kepada ibu". Nabi bersandar dan terus duduk. Maka sabdanya lagi "Ingtlah, dosa paling besar pula ialah berkata dusta dan kesaksian palsu". Nabi tak henti-hentinya mengulangi hal ini, shingga kita berkata: "Semoga beliau diam" (Riwayat Bukhari-Muslim).
Syirik memang dosa besar, bahkan sebenarnya derajat kebesarannya terletak di atas dosa besar-dosa besar yang lain. Karena itu syirik adalah paling berbahaya dan paling dikutuk oleh Tuhan, sehingga bagi Tuhan dosa syirik merupakan satu-satunya dosa tak diampun". Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang Yang mempersekutukanNya Dengan sesuatu (Apa jua), dan akan mengampunkan Yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu (Apa jua), maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh. (Surah al Nisa’:116).

Apa sebab-sebab syirik sangat dikutuk oleh Tuhan? Diantara sebab-sebabnya adalah:
1. Syirik melanggar ajaran Tauhid yang menjadi ruh agama Islam dan pokok ajaran semua Nabi.
2. Berbeda dengan dosa-dosa yang lain seperti mencuri, berjudi, berdusta, khianat, dan lain sebagainya, syirik adalah dosa yang secara langsung menyentuh "diri pribadi" Tuhan.
3.3.2.2 Takut Kepada Allah
Sebab -sebab kita wajib takut kepada Allah. Kita semua wajib takut kepada Allah. Kewajipan takut kepada Allah ini karena dua hal:
1). Agama Islam memang mengajarkan hendaknya semua takut kepada Allah, seperti yang disebutkan dalam ayat-ayat Al-Qur'an
Terjemahan: dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang Yang beroleh kemenangan. (Surah an Nur:52).

Ada 3 perkara yang dapat menyelamatkan manusia, yaitu: Takut kepada Allah di tempat yang tenembunyi maupun di tempat yang terang. Berlaku adil pada waktu rela mau pun pada waktu marah, dan Hidup sederhana pada waktu miskin maupun pada waktu kaya. (Hadis riwayat Abusy-Syaikh).
Tuhan Allah tidak hanya Maha Pengasih Maha Penyayang, tetapi juga dimana perlu Dia kadang-kadang menghukum siapa yang berani durhaka kepada-Nya. Dia tidak hanya memiliki sorga, tetapi juga mempunyai neraka.
Hukuman Tuhan kepada bangsa-bangsa yang durhaka.
Siapa suka mempelajari sejarah bangsa-bangta yang telah durhaka kepada Tuhan, akan menyadari bahwa Tuhan memang perlu juga ditakuti, sebab terhadap bangsa-bangsa atau ummat-ummat yang durhaka itu berkali-kali Tuhan memperlihatkan hukumannya yang hebat dan dahsyat.
Ummat Nabi Nub yang kafir, dihancurkan Tuhan dengan banjir .
Ummat Nabi Hud yang bernama Kaum Ad, dibinasakan Tuhan dengan angin kencang.
Ummat Nabi Shaleh yang bernama Kaum Tsamud disiksa Tuhan dengan gempa bumi.
Kaum Nabi Luth yang tinggal di kota Sodom (dekat Laut Mati) yang terkenal kejahatannya dalam hal homosex dibinasakan Tuhan dengan hujan batu dan suara gemuruh.

3.3.2.3 Cinta kepada Allah
Takut dan cinta kepada Allah
Tetapi manuaia selain wajib taqwa dan takut kepada Tuhan, juga lebih-lebih lagi hendaklah cinta dan kasih kepada-Nya. Tentang takut dan cinta kepada Allah ini, Nabi Muhammad menerangkan: "Sekiranya orang kafir itu mengerti semua rahmat yang ada di sisi Allah, ia tidak akan putus asa mengharapkan sorga. Sebaliknya sekiranya orang mukmin itu mengerti semua siksa yang ada di sisi Allah, ia tidak akan merasa tenteram dari hal neraka" (Hadis riwayat Bukhari. Firman Allah menyebutkan pula:
Terjemahan: khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (Wahai Muhammad), Bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka Yang bertaubat dan beramal soleh). dan Bahawa azabKu, ialah azab Yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka Yang tetap Dalam kederhakaannya). (Surah al Hijr:49).

Sebab-sebab kita wajib cinta kepada Allah
Adapun kewajipan untuk mencintai Allah ini disebabkan oleh hal-hal sebagai berikut:
1). Agama Islam memang mengajarkan, hendaknya kita semua mencintai Allah, bahkan juga hendaknya mencintai Rasul-Nya. Salah eatu alasannya, antara lain firman Allah:
Terjemahan: (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (Surah al Baqarah:165).

2). Kita tidak mungkin dapat beragama Islam dengan baik dan sempurna, kalau Allah (dan Rasul-Nya) tidak kita cintai dan kita sayangi. Mencintai Allah di sini maknanya ialah: "Melaksanakan segala yang menjadi kelaziman cinta (kepada Allah), yaitu mentaati-Nya, mendahulukan perintah-Nya atas perintah hawa nafsu; mengikuti dan mematuhi larangan-Nya, walaupun berat dirasa diri (nafsu) karena telah menjadi tradisi dan telah merasa sangat gembiranya")
3). Selain itu Allah memang Maha Pengasih Maha Penyayang, sehingga karenanya wajib pulalah kita mengasihi dan mencintai-Nya dengan sepenuh hati.
Pengasih Penyayang Allah.
Karena kasih-Nya, Dia utus Rasul-Nya kepada manusia, untuk membawa rahmat-Nya. Arti "rahmat" ialah cinta kasih.
Terjemahan: dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Surah al Anbiya’:107).

Pengasih Penyayang Tuhan, terbukti juga pada ajaran memberi Salam. Dalam Islam yang dianjurkan disampaikan salam kepada orahg lain, baik yang telah dikenal atau belum dikenaj, Salam Islam itii berbunyi: "Assalamu ‘Alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh" (Selamat sejahtera semoga dilimpahkan Tuhan kepadamu, demikian juga cinta kasih Allah dan keberkatan-Nya).
Diantara nama-nama baik Tuhan yang disebut Asmaul Husna yang 99 nama banyaknya, nama Ar-Rahman (Pengasih) dan Ar-Rahim (Penyayang) termasuk yang sangat penting, sehingga dalam Al-Qur'an nama itu disebut sampai kira-kira 560 kali.
Selanjutnya dalam berbuat apa saja asalkan perbuatan yang baik orang Islam diminta untuk selalu memulainya dengan menyebut: Bismillahir Rahmanir Rahiem (dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang).
Pengasih Penyayang Tuhan dapat diketahui juga, dari macam-macam rizki dan nikmat karunia yang berupa apapun yang tidak terkira banyaknya yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Bahkan orang-orang yang sudah jelas durhaka kepadaNya pun tidak dibiarkan mati ketaparan, tetapi tetap dijamin rezekinya oleh Tuhan.
Rasulullah menerangkan: "Tidak ada seseoarang atau sesuatupun yang lebih sabar dari pada Allah terhadap caci-makian yang didengarnya. Manusia menuduh Allah punya anak, tetapi Allah tetap mengampuni mereka dan memberi rezki kepada mereka" (Riwayat Bukhari).
Dalam sebuah Hadis riwayat Bukhari yang lain, Nabi Muhammad menerangkan, bahwa sesudah Allah selesai menciptakan makhluk-Nya, Allah menuliskan di dalam Kitab-Nya, satu ketentuan bahwa: "Rahmat atau cinta kasih-Ku mengalahkan kemurkaan-Ku".
Rasulullah saw menerangfcan pula, bahwa rahmat aUJa cinta kasfli Tuhan itu ada 100 (seratus) bagian banyaknya. D«ri 100 bagian ini, 99 bagian ditahan di sisi Tuhan sendiri, sedang yang satu bagian diturunkan ke muka bumi. Namun dengan hanya cinta kasih Tuhan yang satu bagian ini saja, telah timbul cinta kasih diantara sesama makhluk di bumi, sampai-sampai kuda betina pun mengangkat kakinya karena khawatir akan menginjak anaknya. (Riwayat Bukhari).
Kemudian rahmat Allah, terbukti pula dengan diciptakannya sorga sebagai tempat kenikmatan yang tiada terkira hebatnya.
Di riwayatkan oleh At-Turmuzi dari Saad bin Abi Waqqas, dari bapaknya, dari neneknya, bahwa Rasulullah s.a.w. berkata: "Sekiranya seorang penghuni sorga datang ke dunia ini dengan memakai perhiasan gelang, maka sinar gelangnya itu akan mengaburkan sinar matahari, sebagaimana sinar matahari mengaburkan sinar bintang-bintang".
Dalam Hadis yang lain diterangkan: "Sekiranya seorang wanita sorga datang ke dunia ini dengan wangi-wangiannya, maka akan penuhlah seluruh permukaan bumi ini dengan bau yang wangi itu".
Kehebatan kenikmatan yang ada di sorga, sukar untuk dapat di bayangkan, sebab dalam Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah pernah menerangkan firman Allah yang menyebutkan: "Aku sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang shaleh, apa yaag tak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar telinga dan tak pernah terkhayal dalam khayal raanusia"
Dengan keterangan-keterangan ini jelaslah, bahwa Tuhan memang Maha Pengasih Maha Penyayang. Maka sudah selayaknya kalau manusiapun juga kasih dan sayang kapada-Nya.
Tumpuan dan puncak cinta orang mukmin.
Hanya saja perlu diketahui, bahwa bagi muslim atau bagi mukmin, cinta kepada Tuhan handaknya merupakan cintanya yang sejati dan cintanya yang tertinggi. Baginya, Allah adalah tumpuan segala cintanya dan puncak segala cintanya dalam hidup ini, yang tidak boleh dikalahkan oleh cintanya kepada apapun juga selain Allah, seperti suami atau istri, anak, harta benda, pangkat dan lain sebagainya. Dan kalaupun segala yang selain Allah ini dicintai, hendaklah hal ini dilakukan di dalam kerangka cintanya yang lebih besar, yaitu cinta kepada Allah.
Jadi di dalam pertumbuhan cinta kepada Tuhan ini, kian lama kian hilanglah kepentingan diri sendiri, sebab kepentingan diri sendiri itu telah terkurban ke dalam kepentingan yang lebih besar, yaitu malaksanakan kehendak Allah dengan penuh kasih penuh sayang.
Itulah sebabnya Nabi Ibrahim dahulu mampu memenuhi perintah berat dari Tuhan untuk menyembelih puteranya (yaitu Ismail), sekalipun Ismail adalah puteranya yang telah lama dinanti-nantikan dan merupakan puteranya yang hanya satu-satunya pula.
Nabi Muhammad berkata: "Ada tiga perkara barangsiapa dapat mencapainya, ia akan mendapatkan begaimana manunya iman, yaitu: 1). Bahwa Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya daripada apa juapun yang lain, 2). Bahwa ia cinta kepada seseorang tetapi cintanya itu tiada lain karena cintanya kepada Allah jua, dan 3). Bahwa ia tidak suka kembali menjadi kafir seperti halnya bencinya kalau dilemparkan ke dalam api" (Riwayat Bukhari)
Imam Al-Ghazali menerangkan, bahwa tanda-tanda orang yang cinta kepada Allah ialah:
1. Orang itu selalu ingat akan mati, sebab kematian adalah perjumpaan dengan "sang kekasih" yaitu Tuhan.
2. Orang itu dengan suka rela ingin berkurban untuk Tuhan dan ingin mendekatkan dirinya kepada-Nya.
3. Orang itu akan selalu ingat kepada Tuhan, dan ingat kepada Tuhan ini akan membawa kesegaran bagi jiwanya.
4. Orang itu akan cinta pula kepada firman-firman Tuhan yaitu Al-Qur'an dan cinta kepada Rasul-Nya yaitu Muhammad SAW.
5. Orang itu akan merasa ringan dan senang hati beribadah kepada Tuhan.
6. Orang itu akan cinta pula kepada orang-orang yang berbakti kepada Tuhan, dan benci kepada kaum kafir dan munafik.
Pada suatu ketika Nabi Muhammad bertanya kepada Allah: "Ya Allah, siapakah kekasih Engkau?" Jawab Tuhan: "Mereka yang tetap bersatu dengan-Ku seperti seorang bayi bersatu dengan ibunya, berlindung di dalam ingat kepada-Ku seperti seekor burung mencari perlindungan dalam sarangnya, dan gusar melihat dosanya sebagai singa yang gusar karena takut akan sesuatu.
3.3.3 Berakhlak Kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Seperti juga akhlaq kepada Allah, maka akhlaq manusia kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentu saja pertama-tama ialah: beriman kepada Muhammad s.a.w., yaitu percaya bahwa baliau adalah betul Nabi dan Rasul (Utusan) Allah kepada seluruh manusia.
Terjemahan: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) Yang Menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang menghidupkan dan mematikan. oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi Yang Ummi Yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk". (Surah al A’raf:158).

Bagi orang yang (ingin) beragama Islam, iman kepada Nabi Muhammad saw ini, adalah modal utama di samping iman kepada Allah, sebab kedua hal ini disebntkan dalam dua kalimah syahadat Islam yang merapakan pintu gerbang masuk Agama Islam. Orang tidak mungkin menjadi muslim dan tidak akan sah kemuslimannya kalau hanya beriman kepada salah satunya saja dengan mengingkari kepada yang lain.
Kenabian/kerasulan Muhammad s.a.w banyak bukti-buktinya, dan bukti-bukti ini tidak saja terdapat dalam Al-Qur'an, tetapi juga terdapat dalam fakta-fakta sejarah dan dalam Kitab-Kitab Suci lama seperti Perjanjian Lama, Perjanjian Baru dan Injil Barnabas, di samping juga tidak kurang-kurangnya terdapat pada akhlaq dan tingkah laku Nabi Muhammad sendiri.
Bukti kenabian Muhammad s.a.w dari segi moral, pernah dikemukakan oleh Al-Jahidh seorang penyair dan failoeof terkenaL la berkata: "Suatu tanda lagi yang tak mudah diketahui oleh orang awam, tetapi bila diterangkan, maka orang awam dan bukan awam akan sama-sama dapat menyelaminya, ialah: budi pekerti dan amal perbuatan yang tak dapat berkumpul semuanya itu pada diri seorang manusia pun selain Muhammad, baik sebelumnya atau pun sesudahnya. Belum pernah ada cerita bahwa ada tingkat kesabaran manusia yang menandingi tingkat kesabaran Muhammad. Belum pernah ada riwayat bahwa ada tingkat kesantunan yang menyamai tingkat kesantunan Muhammad. Belum pernah kita dengar ada orang yang menepati janji sebagai halnya Muhammad. Dan behum pernah ada orang yang murah tangan sebagai halnya Muhammad"
Ibnu Hazm dalam bukunya "Al- Fashel" membuktikan kenabian Muhammad dari segi fakta sejarah, yaitu dari keberhasilan missi beliau yang gilang gemilang. Ia menulis: "Keterangan yang tepat sekali untuk menyatakan kebenaram kenabian Muhammad, ialah: kedatangan Nabi itu kepada kaum yang berkepala batu, yang enggan tunduk kepada kemauan siapa pun juga, walaupun betapa perkasanya; kaum yang tak suka menurut; kaum yang angkuh, sombong dan pongah; kaum yang berwatak singa yang suka terkam-menerkam. Akan tetapi hanya dalam tempo yang tidak seberapa lama, Muhammad telah mampu menjadikan kaum yang berotak batu itu menjadi air yang sangat lembut, menjadi manusia yang berbakti, manusia yang berharga, manusia yang tunduk patuh kepada segala perintah Allah".
Tetapi bukti terpenting atas kenabian/kerasulan Muhammad saw., kiranya ialah wahyu Al-Qur'an yang dibawanya yang merupakan mu'jizat beliau yang terbesar. Mujizat adalah suatu keluarbiasaan yang terjadi pada diri seorang Rasul sebagai bukti bahwa yang membawanya betul seorang Utusan Tuhan. Al-Qur'an memang luar biasa, baik bahasa maupun isi yang dikandungnya. Ia diturunkan dalam bahasa Arab yang indah dan amat tinggi mutu sasteranya. Demikian rupa keindahannya, sehingga tidak dapat ditiru oleh siapapun juga.
Patuh Kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Seperti halnya beriman kepada Allah yang membawa kesan untuk taat kepada-Nya, maka beriman kepada Nabi Muhammad SAW juga membawa kesan untuk tunduk patuh kepadanya.
Terjemahan: Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kepada Rasul Allah. kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa Yang ditugaskan kepadaNya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa Yang ditugaskan kepada kamu. dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah Dengan penjelasan Yang terang nyata". (Surah an Nur:54).

Cinta Kepada Nabi Muhammad Saw.
Tuhan kita cintai, maka orang yang menjadi Nabi dan Rasul-Nya pun hendaknya juga kita sayangi. Dan seperti halnya cinta kepada Allah, maka sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. hendaknya juga merupakan cinta yang tertinggi. Cinta kepada Tuhan dan Rasul-Nya tidak boleh dikalahkan oleh cinta kepada segala apa juapun selain keduanya.
Nabi Muhammad bersabda: "Tidak beriman salah seorang diantaramu, sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada dirinya sendiri, orang tuanya, anaknya dan manusia semuanya". [Riwayat Bukhari - Muslim],
Cinta kepada Nabi Muhammad SAW tidak cukup sekedar dilahirkan dalam bentuk pengakuan kata-kata, melainkan juga hendaklah dibuktikan dalam bentuk perbuatan yang nyata, antara lain dengan:
1. Mengamalkan dan memtuhi agama Islam yang diajarkannya, baik yang terdapat dalam Al-Qur'an manpun dalam Hadis atau Sunnahnya.
2. Berjuang menegakkan, mengembangkan dan membela ajaran-ajarannya, termasuk pula: menjaga kemurniannya dari segala bid'ah dan khurafat.
3. Memuliakan Nabi Muhammad SAW dan memperbanyak bershalawat kepadanya.
4. Memuliakan keluarga dan sahabat-sahabatnya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Janganlah kamu cela sahabat-sahabatku. Andaikata seorang di antara kamu memberikan infaq emas [untuk kepentingan Islam] sebesar gunung Uhud, tidak akan sampai menyamai satu mud makanan seseorang diantara mereka itu, bahkan setengah mud pun tidak". [Riwayat Bukhari].
Contoh-contoh dari mereka yang telah berhasil mencapai cinta yang sesungguhnya kepada Nabi Muhammad SAW, banyak sekali, terutama dari kalangan para sahabat sendiri. Misalnya paman Nabi sendiri yang bernama Hamzah, Dia sampai gugur sebagai syahid di medan perang Uhud dalam melindungi Muhammad SAW dari serangan hujan panah pihak musuh.
Muazin Nabi yang bernama Bilal, di kala hendak menghembuskan nafasnya yang penghabisan beberapa kawannya yang menyaksikan berkata: "Aduh, betapa pedih hati kami". Mendengar kata-kata ini Bilal justru menjawab: "Wahai, betapa gembira hatiku; esok aku akan segera bertemu dengan Muhammad (di akhirat)".
Suatu berita duka disampaikan kepada seorang wanita di kota Medinah, bahwa ayah, suami dan suadara laki-lakinya gugur sebagai syuhada' di medan perang Uhud dalam membela agama Islam. Wanita itu bertanya: "Bagaimana keadaan Rasulullah?. Jawab orang: "Rasulullah selamat". Tetapi rupanya wanita itu belum begitu yakin akan keselamatan Rasulullah, sehingga ia minta diizinkan untuk melihat Rasulullah. Dan sesudah dilihatnya bahwa Rasulullah betul selamat, ia berkata: "Segala bencana yang menimpa diriku, kecil belaka rasanya, asalkan Rasulullah selamat sejahtera."
Tatkala Zaid ibnu Datsanah dibawa orang-orang kafir Mekkah keluar kota untuk dibunuh, ia ditanya oleh mereka: "Maukah engkau kami bawa kembali ke kota untuk kami gantikan dengan Muhammad?". Zaid menjawab: "Aku tidak senang Muhammad terkena duri di tempatnya yang sekarang, konon lagi ia mau dibawa kemari untuk dipenggal batang lehernya". Mendengar ucapan Zaid ini, Abu Sufyan (pemimpin orang-orang kafir) berkata:"Belum pernah aku lihat manusia mencintai sahabat nya, seperti halnya sahabat-sahabat Muhammad mencintai Muhammad".
Tetapi perlu diketahui, bahwa cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dilakukan oleh para sahabat ini, tentunya hanya boleh dikerjakan pada waktu Nabi Muhammad s.a.w. masih hidup, sedang sesudah beliau wafat maka cara mencintai beliau ialah dengan jalan sebagaimana yang telah diterangkan dengan berselawat dan melaksanakan perintahnya.
Sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. sangat menguntungkan. Ini dapat dibuktikan dengan kisah yang pernah terjadi pada masa hayat Nabi, yaitu kisah seorang budak yang telah di merdekakan oleh Nabi, Bernama Tsauban.
Tsauban cinta benar kepada Nabi, sehingga hatinya tak tertahan kalau lama tidak melihatnya, Suatu ketika ia tidak dapat melihat wajah Nabi beberapa hari lamanya. Mukanya menjadi pucat, badan kurus dan hatinya gundah gulana. Ketika bertemu dengan Nabi, ia ditanya tentang perobahan keadaannya yang demikian itu. Tsauban menjawab: "Saya tidak sakit ya Rasulullah. Hanya saja, apabila saya terhalang melihat wajah tuan, saya tak dapat menahan hati. Dan saya takut benar, di akhirat nanti saya tidak dapat memandang wajahmu, ya Rasulullah. Tuan berada di sorga di tempat yang sangat tinggi. Saya tentu tidak dapat menyertai tuan". Mendengar kata-kata Tsauban ini. Nabi berkata: "Anta ma'a man ahbabta" (Engkau beserta orang yang Engkau cintai).
Pada saat itu pula, turunlah kemudian wahyu Al-Qur'an
Terjemahan: dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang Yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang Yang Syahid, serta orang-orang Yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang Yang taat). (Surah an Nisa’:69).

3.3.4 Akhlak Kepada Ibu Bapa
Dalam hubungan manusia dengan sesama manusia, maka dua orang tua iaitu ibu dan bapa, menduduki tempat yang paling istimewa. Bahkan dalam tertib kepada siapa manusia haras berbakti, kiranya ibu dan bapa menduduki tempat kedua sesudah Tuhan dan Rasul-Nya. Karena itu dari kalangan manusia di muka bumi ini, tidak ada seorangpun yang dapat menyamai kedudukan ibu dan bapa yang sangat terhormat ini, apalagi mengalahkannya.
Demikian istimewa dan terhormat kedudukan ibu dan bapa sehingga Nabi Muhammad SAW menyatakan bahwa: "Keridhaan Allah terletak pada keridhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terktak pada kemurkaan ibu bapa". (Hdith Riwayat Tirmidzi).
Mengapa begitu istimewa kedudukan ibu dan bapa?
Sebabnya ialah, karena ibu dan bapa sangat besar jasanya kepada kita. Tidak ada manusia di muka bumi ini yang lebih besar jasanya kepada kita daripada ibu bapa kita masing-masing. Dengan susah payah kita dihamilkan, dilahirkan, didewasakan, dididik dan dicukupi segala keperluan hidup kita. Dan semuanya itu dikerjakannya dengan tulus ikhlas dan kasih sayang.
Oleh ibu bapa hendaklah mendapat tempat pertama dan utama, lebih daripada kepada yang lain-lain. Sangat keliru kalau orang membina hubungan baiknya dengan lain-lain orang seperti istri, suami, anak, pacar, kawan sekerja, kawan belajar, tetangga, pejabat dan lain sebagainya, tetapi hubungan baiknya dengan ibu bapanya sendiri diabaikan, apalagi didurhakai.
Pendek kata buat baik keapda dua ibu bapa adalah wajib kita lakukan iaitu berbuat baik atau berbakti kepada ibu bapa kita masing-masing, dan hal itu hendaknya dalam diletakkan tempat yang pertama daripada berbuat baik kepada lain-lain.
Berbuat baik di sini mengandung arti yang luas, meliputi pekerjaan apa saja yang dapat disebut "baik", yang berupa perkataan, perbuatan, dan lain-lain. Dalam Al-Qur'an Surat Al-Isra' 23 - 24 dicontohkan berbuat baik kepada ibu bapa itu, misalnya berkata dengan sopan dan hormat, merendahkan diri dengan kasih sayang, dan berdoa untuk keduanya mudah-mudahan keduanya dicintai Tuhan seperti halnya keduanya telah mencintai kita sewaktu kita masih kecil.
Terjemahan: dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun). dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al Isra’:23-24).

Keutamaan Ibu Dari Bapa
Ibu dan bapa kita masing-masing adalah orang yang paling besar jasanya kepada kita, terutama sekali ialah ibu. Tidak ada seorang manusia pun di muka bumi ini yang menanggung derita sengsara, susah payah dan lain sebagainya karena kita, lebih daripada ibu kita.
Al-Qur'an melukiskan sebagian dari derita sengsara ibu ini, dengan kata-katanya yang indah ringkas:
Terjemahan: dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)". (Surah al Ahqaf:15).

Sehabis hadis riwayat Abul Hasan Al-Mawardi menerangkan, bahwa pada suatu hari datang seorang laki-laki kepada Rasulullah s.a.w. Kepada Rasuhullah laki-laki itu menerangkan perihal kebaikan yang dilakukannya kepada ibunya. Dikatakannya bahwa ia mempunyai seorang ibu. Digendongnya ibunya itu di atas punggungnya. Tidak pernah ia bermasam muka kepadanya, dan diserahkannya pula kepadanya hasil mata pencahariannya. Kemudian laki-laki itu bertanya: "Sudahkah saya membalas budi ibu saya?". Jawab Rasulullah s.a.w.: "Tidak! Membalas satu nafasnya yang panjangpun tidak!" Selanjutnya ketika laki-laki itu bertanya lagi kepada Nabi mengapa demikian, Nabi memberikan jawaban:"Karena ibumu memelihara kamu dan ia suka kamu panjang umur, sedang kamu memelihara dia tetapi kamu inginkan dia segera mati"
Menurut ukuran kita, berangkali bakti laki-laki tersebut kepada ibunya seperti yang diterangkan oleh Hadis tersebut di atas, sudah luar biasa. Tetapi Rasulullah mengatakan bahwa hal itu sama sekali belum boleh membalas budi ibunya, bahkan walaupun hanya membalas satu nafasnya yang panjang pun belum boleh.
Ini menunjukkan, betapa besar dan betapa agung jasa ibu kepada puteranya. Demikian besarnya, sehingga jasanya itu tidak akan terbalas oleh kebaikan puteranya yang bagaimanapun juga
Sesuai dengan hal ini maka wajarlah kalau ibu mempunyai kedudukan sedikit lebih istimewa daripada bapa, sehingga sebagai kesannya ibu harus mendapatkan perlakuan yang lebih istimewa pula dari pada bapa.
Sabda Nabi s.a.w.: "Orang yang paling besar haknya kepada anak, ialah ibunya"., [Riwayat Hakim].
Dalam Hadis riwayat Dailami, beliau bersabda pula: "Jika ibu dan bapamu memanggil kamu, datanglah [lebih dahulu] kepada ibumu".
Kemudian sebuah Hadis riwayat Bukhari - Muslim menyebutkan, seorang laki-laki pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, siapkah orang yang lebih berhak saya pergauli dengan baik?" Jawab beliau: "Ibumu". Ia bertanya lagi: "Sesudah itu siapa?". Jawab beliau: "Ibumu". dia bertanya lagi: "Sesudah itu siapa"?. Beliau tetap memberikan jawaban seperti semula: "Ibumu. Untuk ke 4 kalinya ia bertanya lagi: Sesudah itu siapa ?". Jawab beliau: "Kemudian bapamu".
Pernah juga ada aeorang laki-laki minta izin kepada Nabi untul ikut berperang membela agama Islam. Tetapi ia ditanya oleh Nabi. "Engkau mempunyai ibu?". Jawabnya: "Mempunyai". Nabi memerintahkan: "Jaga baik-baik ibumu, karena sorga itu ada di bawah kakinya". (Riwayat Ibnu Majah).
Dalam pengertian yang sama, dalam Hadis lain riwayat Ahmad, beliau bersabda: "Sorga itu (terletak) di bawah telapak kaki para ibu".
Jadi Nabi tidak mengizinkan laki-laki teraebut pergi berperang membela agama Islam dengan meninggalkan ibunya, sebab hal itu menjadikan ibunya terlantar. Maka berperang untuk keluhuran agama Islampun, tidak dapat mengalahkan kewajiban berbakti kepada ibu. Kedudukan ibu rupanya masih terlalu tinggi untuk dapat di kalahkan oleh alasan "jihad".
Lagi pula apa yang mau dicari dengan berperang di jalan Allah? Ingin mati syahid supaya dapat masuk surga tanpa hisab? Padahal surga itu terletak di bawah telapak kaki ibundanya sendiri?
Tetapi tentu saja, lain halnya kalau kepergian berperang laki-laki tersebut tidak menyebabkan nasib ibunya terlantar, misalnya karena telah ada orang lain yang memeliharanya. Kalau demikian, tentulah laki-laki tersebut dapat dibenarkan pergi berperang meninggalkan ibunya. Dan maksud kata-kata: "Surga itu di bawah telapak kaki ibu" ialah, bahwa bagaimana juga banyak dan baiknya orang beribadah kepada Tuhan, semua ibadahnya itu akan percuma dan ia tidak akan mungkin mencapai sorga kalau ibunya didurhakai.
Jadi jelas, bahwa ibu mempunyai keutamaan yang lebih daripada bapa.
Tetapi tentu saja, dengan ini tidaklah berarti bahwa dalam mengutamakan kebaktiannya kepada ibu lantas begitu saja orang boleh memandang mudah dan meremehkan hubungan baiknya dengan bapa. Kedua orang tua ibu dan bapa semuanya wajib kita muliakan, kita hormat. Hanya saja keutamaan pertama ialah ibu.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my

http://abdazizharjin.blogspot.com