2.0 Pendahuluan
Nama-nama bagi agama-agama besar dunia biasanya dikaitkan dengan nama pengasasnya atau bangsa yang menganutnya. Ada juga yang dikaitkan dengan tempat di mana agama itu lahir. Manakala agama Islam adalah agama yang tidak terikat langsung dengan nama pembawa risalahnya, bangsanya dan juga tempat lahir agama Islam itu. Abu al-A'ala al-Maududi menjelaskan: Every religion of the world has been named after its founder or after the community or nation in which it was born. For instance, Christianity takes its name from its Prophet Jesus Christ, Buddhism from its founder Gautama Buddha, Zoroastriasmism from its founder Zoroaster and Judaism from the Jews, from the name of the tribe Judah (of the country Jvdea) where it was originated, The same is true of all other religion except Islam, which enjoys the unique distinction of having no association with any particular person or people or country. (Abu A'ala al-Maududi, Towards Understanding Islam, International Islamic Federation of Student organizations, Lahore, Pakistan, 1986,21)
2.1 Pengertian Islam
2.1.1Dari Segi Bahasa:
Perkataan Islam berasal daripada 'Salima' yang mengandungi erti selamat, baik dan aman, taat dan tunduk. Secara umumnya Islam bermaksud suatu nama yang diberi kepada agama Allah s.w.t. yang ditunuikan kepada Nabi Muhammad s.a. w. Ia bukan rekaan Nabi Muhammad tetapi ia telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Firman Allah:
Terjemahan: ...dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu... (Surah al Maidah:3).
Islam juga bermaksud mengesakan Allah s.w.t. tunduk dan patuh serta ikhlas di dalam hati serta yakin terhadap agama asal yang datang daripada Allah s.w.t. Perkataan 'aslama' kadang kala ditujukan terhadap orang-orang beriman dan juga non-muslim kerana diatas sifat fitrah manusia yang tunduk dan patuh terhadap peraturan alam yang dicipta Allah. Firman Allah:
Terjemahan: Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi, sama ada Dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya lah mereka dikembalikan. (Surah ali ‘Imran:83).
2.1.2 Dari Istilah Syara'
Islam ialah agama yang diturunkan kepada seluruh nabi-nabi dan rasul-rasul Allah s.w.t. bennula dari Adam a.s sehinggalah Muhammad s.a.w.
Muslim ialah orang yang mentauhidkan Allah s.w.t. patuh, tunduk dan jujur hatinya kepada Allah s.w.t. serta beriman dengan pengajaran-pengajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah:
Terjemahan: dan tidak ada Yang lebih baik ugamanya daripada orang Yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim Yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya. (Surah al Nisa’:125).
2.2 Islam Sebagai Sistem Kehidupan
Islam mempunyai satu sistem kehidupan yang dicipta oleh Allah s.w.t. untuk manusia di dunia ini yang dibentuk berasaskan ilmu berbanding dengan lain-lain sistem dan cara hidup manusia yang berasaskan kepada kejahilan dan kekurangan. Allah s.w.t. mengetahui semua rahsia dan hakikat manusia apa yang baik dan buruk untuknya. Ia mengetahui segala hukum dan tabiat dan rahsia kerana Dialah yang menciptakannya. Allah s.w.t. juga mengetahui apa-apa perkara yang lalu, sekarang dan juga akan datang. Allah s.w.t. telah menciptakan sistem hidup untuk manusia yang serasi, sempurna, serta sesuai dengan hukum universal bersesuaian dengan tabie' manusia. Firman Allah:
Terjemahan: ... pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu... (Surah al Maidah:3).
Sistem Hidup Islam terdiri dari:
1) Sistem kepercayaan-akidah atau Iman
2) Sistem Amalan- Ibadah / Syariah Islam
3) Sistem Nilai-Akhlak
2.2.1 Aqidah
Manusia adalah makhluk yang terdiri dari dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Rohani atau jiwa pula terdapat dua naluri (penggerak semulajadi) iaitu naluri baik yang sentiasa mengarahkan manusia melakukan kebaikan dan kebenaran, kebajikan, keadilan dan sebagainya. Naluri yang kedua ialah naluri yang cendenmg melakukan kejahatan, marah, angkuh dan sebagainya. Oleh itu Iman berfungsi menggerakkan diri manusia mengarah naluri untuk melakukan kebaikan, kebajikan, keadilan dan sebagainya. Secara umumnya Iman atau akidah ialah bermaksud mengakui dalam hati bahawa Islam itu benar, serta menyatakan dengan lidah bahawa Islam itu agama yang benar serta mengamalkan ajaran di dalam agama Islam. Sabda Rasullulah s.a.w. mengingatkan bahawa Iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan, tetapi ialah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan perbuatan.
Beriman kepada Allah s.w.t. ada rukun-rukunnya. Ia merupakan asas-asas yang membentuk keimanan dan kepercayaan Muslim terhadap Allah. Rukun Iman terdiri daripada kepercayaan kepada Allah, kepercayaan kepada malaikat, kepercayaan kepada kitab-kitab, kepercayaan kepada Rasul-rasul, kepercayaan kepada hari Akhirat dan kepercayaan kepada qada dan qadar Allah. Apabila seseorang Muslim membentuk pandangan dan sikapnya mengenai urusan kehidupan hendaklah berasaskan rukun iman.
2.2.2 Akhlak
Akhlak ialah sifat yang luhur yang lahir dari keimanan seseorang. Keindahan dan kecantikan manusia ialah kerana hiasan dari akhlak yang indah dan mulia. Akhlak dalam Islam mencakupi segala hubungan kemanusiaan dan juga hubungan manusia dengan alam. Moral behaviour dari pandangan Islam adalah tingkahlaku manusia dengan kemahuan yang mulia untuk tujuan yang mulia juga. Manusia yang berakhlak adalah manusia yang mulia dari segi zahir dan batin.
Prinsip-pinsip akhlak terdapat di dalam berbagai kegiatan hidup manusia seperti dalam sistem social, saintifik, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Nilai-nilai tersebut bersifat konsisten dan tidak berubah.
Binaan akhlak Islam yang hakiki seperti yang dikehendaki olh Allah s.w.t. selaras dengan hakikat kemanusiaan dan hakikat kewujudan atau kehidupan. Akhlak Islam terbina dari keimanan manusia terhadap Allah s.w.t. sebagai pencipta pengurus alam. Begitu juga hasil dari keimanan manusia terhadap wujudnya ban akhirat dan manusia akan dibangkitkan dan menerima balasan yang setimpal terhadap amalan mereka di dunia. Firman Allah:
Terjemahan: maka Adakah orang Yang membangunkan Masjid Yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang Yang membangunkan Masjid Yang didirikannya di tepi jurang Yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia Dengan Yang membangunkannya ke Dalam api neraka? dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang zalim. (Surah :109).
Kesimpulannya, akidah sebagai asas kepada akhlak. Akidah menjadi faktor penentu yang dapat menahan manusia dari mengikut hawa nafsu dan melakukan perkara-perkaia yang dilarang oleh Islam. Dengan ini akan terserlahlah nilai-nilai murni yang lahir dari insan mukmin yang sentiasa tunduk dan akur dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam.
2.2.3 Syariah
Syariah Islam mempunyai lima rukun yang menjadi tapak di atas tertegaknya Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadat, sembahyang, zakat, puasa dan haji. Amalan terhadap rukun Islam ini merupakan sebagi bukti di atas asas-asas keimanan dalam diri seseorang. Al-Maududi menyatakan hubungan di antara Iman dan Islam laksan hubungan pohon dan akarnya. Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: Islam adalah bahawa engkau mengaku tidak ada tuhan melainkan Allah s.w.t. dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, engkau didirkan solat, engkau keluarkan zakat, engkau berpuasa di Bulan Ramadhan dan engkau tunaikan haji ke Baitullah jika mampu, (Hadith Riwayat Muslim)
Syariat Islam terletak dan terjelma dalam gerak geri dan perbuatan manusia sehari-harian. Syariat Islam ialah segala peraturan Allah s.w.t. yang mengandungi undang-undang suci bagi mengatur kehidupan manusia samada: dalam aspek ibadah, dan juga muamalat seperti dalam kegiatan perniagaan, sosial, politik, pendidikan dan sebagainya. Sesiapa yang mematuhinya akan diberi balasan pahala dan yang melanggarnya akan mendapat dosa. Hukum-hukum syariat mengandungi lapan jenis iaitu:
a) Wajib – mendapat pahala apabila dikenakan dan mendapat dosa apabila meninggalkannya seperti sembahyang lima waktu sehari semalam.
b) Sunat – diberi pahala apabila mengenakannya dan tidak dikenakan dosa apabila meninggalkannya seperti bersedekah.
c) Makruh – diberi pahala apabila meninggalkannya dan tidak berdosa melakukannya seperti makan terlalu kenyang.
d) Haram – mendapat pahala jika meninggalkannya dan mendapat dosa jika dikenakan seperti mencuri.
e) Harus – tidak mendapat pahala atau berdosa jika dilakukan seperti makan.
f) Sah – sesuatu yang mencukupi syarat dan rukunnya mengikut syara'.
g) Batal – sesuatu yang tidak mencukupi rukun dan syaratnya menurut syara'.
h) Halal – boleh digunakan setelah mengikut syarat tertentu.
Dengan adanya hukum-hukum syariat itu dapatlah seseorang itu memahami berat ringannya tuntutan perintah dan larangan dalam Islam mengenai urusan dunia dan akhirat
2.3 Islam Agama Universal
Agama Islam merupakan sitem hidup yang paling layak dan sesuai untuk manusia. Sebuah sistem hidup yang menjamin kesejahteraan bidup manusia. Ia merupakan cara hidup yang serasi dengan hukum-hukum alam.
Kesejahteraan Islam dapat dilihat dari aspek-aspek berikut:
a) Sistem: Islam adalah satu sistem hidup dari Allah s.w.t. untuk manusia seluruhnya. Sistem hidup Islam dibentuk atas dasar ilmu berbanding dengan sistem yang lain yang berasaskan kejahilan dan kekurangan. Allah s.w.t. 'mencipta sistem hidup Islam yang sempurna sesuai dengan hukum-hukum dan tabiat manusia.
b) Cara hidup: Islam ialah cara hidup yang menyeluruh yang mengatur semua bahagian dari kehidupan manusia. Islam adalah satu cara hidup yang lengkap merangkumi semua kegiatan hidup manusia.
c) Bimbingan: Sudah menjadi kehendak Allah s.w.t. bahawa setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi samada manusia atau haiwan lebih suka kejahatan daripada kebaikan serta mereka mudah dipengaruhi nafsu peribadi. Oleh itu mereka memerlukan bimbingan agama samada dalam bentuk bimbingan atau larangan yang mutlak dari Allah s.w.t.
d) Akal terpimpin: Akal fikiran yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada mannsia terbatas sifatnya. Manusia tidak dapat raenilai sesuatu kebenaran dan kebatilan secara tepat jika akal fikiran mereka tidak dibimbing oleh agama dan syara'. Oleh itu manusia diberikan beban atau taklif iaitu perintah-perintah dan larangan menurut agama Allah s.w.t. iaitu Islam. Ia bertujuan memperbaiki dan memimpin jalan-jalan yang dilalui oleh akal fikiran mereka.
e) Tetap: Nilai-nilai hidup Islam bersifat tetap dan tidak dapat dipermainkan. Islam ialah agama yang tetap yang mempunyai ukuran nilai yang teguh. Menurut Islam, apa yang baik pada masa dahulu adalah yang baik pada masa sekarang dan akan datang. Misalnya perbuatan zina itu jahat dan ia akan menjadi jahat sampai bila-bila masa pun. Oleh itu Islam mempunyai nilai ukuran yang tetap dan teguh ini, maka tidak ada kuasa yang boleh mempermainkan nilai-nilainya yang tetap dan teguh ini serta mempermainkan nilai-nilainya untuk kepentingan sendiri atau golongan yang berkuasa.
f) Tiada kasta: Islam ialah sistem untuk semua manusia dan bukannya untuk golongan atau bangsa-bangsa tertentu. Agama Islam ialah sistem hidup untuk semua manusia di dunia. Ia menyediakan peraturan hidup dengan melihat Islam itu dari sudut kemanusiaannya. Kerana itu ia tidak mmberi keistimewaan kepada suatu bangsa. Bahkan kebaikan seseorarig itu dilihat dari segi bakti dan amalan baiknya serta kesempurnaan ibadamya kepada Allah s.w.t. Islam bukanlah sistem untuk satu-satu zaman malahan ia adalah untuk setiap masa dan tempat. Peraturannya sesuai untuk dijalankan di dalam masyarakat manusia di seluruh dunia. Perjalanan sejarah memperlihatkan Islam telah berkuasa di barat dan timur. Ia juga telah melahirkan tamadun agung di Sepanyol. Ia juga pernah melahirkan tamadun di Kepulauan Melayu dan India sebagaimana ia membangunkan tamadun di Afrika dan Asia Barat
g) Fitrah: Peraturan hidup Islam selaras dengan fitrah manusia. Islam menggalakkan manusia berusaha menuju kepada pembentukan manusia sempurna. Kelakuan, perbuatan, perkataan, pemikiran dan kecenderungan manusia selari dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Islam. Untuk mencapai tujuan itu Islam telah menetapkan peraturan-peraturan yang dapat dicapai dan dilaksanakan oleh manusia dalam batas-batas kemampuan mereka. Disebabkan itu, peraturan-peraturan yang ditetapkau Islam bersifat sederhana dan tidak berlawanan dengan fitrah dan tabiat semulajadi manusia.
Di antara contoh-contoh kesederhanaan peraturan-peraturan dan hukum-hukum Islam ialah peraturan membelanjakan harta benda. Islam melarang berbelanja dengan boros tetapi melarang sifat kikir (kedekut) dan bakhil. Di dalam beribadah pula Islam menentukan suruhan mengerjakan sembahyang itu sunat dan wajib. Ibadat ini antara lainnya merupakan tanda syukur hamba kepada tuhannya. Walaubagaimanapun sembahyang wajib hanya lima kali sehari sahaja. Manakala sembahyang yang lain merupakan amalan sunat sahaja. Islam tidak membebankan umatnya kerana sifat Islam itu yang tidak membebankan. Islam yang membawa erti selamat bertujuan menjaga dan memelihara kehidupan semulajadi manusia. Firman Allah:
Terjemahan: Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumNya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah an Nisa’:28).
2.4 Risalah Islam Untuk Semua Umat
Allah s.w.t telah menawarkan kepada langit, bumi dan gunung-ganang imtuk menerima dan memikul amanah melaksanakan Islam. Namim begitu mereka telah menolak amanah tersebut kerana ia terlalu berat bagi mereka untuk dilaksanakan. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan. (Surah al ahzab:72).
Akhirnya tugas memikul tanggungjawab Islam ini ditaklifkan kepada umat manusia selaras dengan kejadian manusia dan persediaan akal fikiran, kekuatan jasmani dan rohani Di samping itu manusia mempunyai sifat-sifat pelupa, lemah ingatan, bodoh dan kufur. Allah s.w.t. mencipta manusia dan Dia maha mengetahui tentang sifat-sifat manusia baik lahir ataupun batin. Hawa nafsu manusia sangat tertarik kepada hal-hal yang buruk dan tercela lagi celaka.
Kehidupan manusia kerana akalnya tidak pernah statik. Ia tumbuh dan berkembang terus menerus dan mengalami perubahan. Allah s.w.t. mencipta manusia dan diturunkan Islam sebagai peraturan atau jalan hidup bagi manusia mengikutinya. Dengan peraturannya itu Allah s.w.t. yang maha Pengasih dan Penyayang menurunkan Rahman dan RahimNya. Aturan itulah yang disebut di atas sebagai Sunnah Allah. Sunnah Allah di atas alam material adalah untuk mewujudkan keselarasan dalam gerak dan peristiwanya. Sunnah Allah atas alam manusia adalah untuk mewujudkan salam (keselamatan) dalam kehidupan dirinya.
Oleh yang demikian jelaslah Allah s.w.t. mewajibkan manusia agar mereka memperhambakan dirinya kepada Allah s.w.t. adalah untuk kepentingan hamba itu sendiri. Soal manusia patuh atau tidak terhadap Allah tidak ada untung ruginya bagi Allah. Allah s.w.t. tidak memerlukan manusia kerana Allah s.w.t. adalah maha berkuasa dan Dia tidak mengkehendaki benda dari manusia.
Sesungguhnya manusialah yang memerlukan benda dari Allah. Dengan mentaati suruhan Allah s.w.t. maka akan wujudlah salam dan kesejahteraan bagi manusia. Apabila manusia mengingkarinya maka manusia bersifat zalim kepada diri sendiri. Dengan kepatuhan kepada syariat Islam, maka manusia akan hidup sesuai dengan hak kewajipannya sebagai manusia. Dengan mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Al-Quran manusia mewujudkan kemamsiaan kerana ayat-ayat Al-Quran ditentukan oleh Allah s.w.t. sesuai dengan hakikat penciptaannya.
Setelah manusia diciptakan Allah s.w.t. dia diutuskan ke bumi berperanan sebagai khalifah atau pengurus alam. Dengan akal fikiran yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada manusia, maka ia melebihi makhluk-makhluk lain. Dengan akal ia dapat mengatasi masa dan wakta. Sedangkan tumbuhan terikat oleh tempat dan waktu. Manusia dapat mengembara di bumi bahkan juga keluar dari bumi.
Dengan jasadnya manusia melebihi makhluk-makhluk halus yang berakal kerana ia dapat mencipta di alam material. Pengalaman yang dilalui manusia diubah oleh akalnya menjadi pengetahuan. Akal membentuk tanggapan (idea) konsep dan teori. Tangan digunakan sebagai alat untuk memegang. Akal membantu tangan melakukan penyelidikan dan ujikaji sehingga manusia menemui pengetahuan, menemui rahsia-rahsia alam mendapatkan sunnah Allah. Dengan kerjasama antara akal dan tangan, tanggapan, idea, konsep dan teori yang bersifat abstrak bolehh diwujudkan menjadi konkrit. Demikianlah kerjasama antara akal dan jasad memungkinkan manusia mewujudkan perkara baru serta menjadikan sesuatu yang tiada menjadi adal Makhluk yang berjasad jika berakal sekalipun tidak mungkin berbuat demikian.
Sebagai kesimpulah tujuan diturunkan Islam adalah:
a) Islam memberi pengajaran dan pendidikan kepada manusia bahawa Tuhan yang maha Esa iaitu Allah sebagai pencipta dan bukan dicipta.
b) Islam menjelaskan bahawa Allah s.w.t. telah menetapkan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Manusialah pengurus kepada alam haiwan, tumbuh-tumbuhan, batu-bata, air, udara, api dan sebagainya merupakan kelengkapan yang disediakan oleh Allah s.w.t. untuk manusia menggunakan dan mengikut garis panduan syarak yang telah ditentukan oleh Allah. Barangsiapa di kalangan manusia yang melanggar peraturan Allah s.w.t. maka ia dikenakan dosa dan barangsiapa yang mengikutnya maka mereka dikurniakan pahala.
c) Islam menjelaskan tentang ada lagi kehidupan yang kekal abadi selapas kematian iaitu kehidupan di akhirat.
d) Islam mendidik manusia agar sentiasa bersyukur atas limpahan nikmat dan rahmat Allah s.w.t. sehingga dapat hidup dipenuhi dengan kebaktian kepada Allah. Beribadah hanya kepada Allah s.w.t. agar dapat membentuk jiwa mukmin yang tenang dan damai.
e) Islam juga mendidik manusia supaya ikhlas mentaati setiap peraturan dan undang-undang, baik datang dari Allah s.w.t. ataupun Rasul atau dari manusia mengikut landasan yang benar.
f) Islam juga mendidik manusia supaya masing-masing mempunyai budi pekerti yang luhur atau berakhlak baik terhadap khaliq dan makhluk Hormat menghormati dan tolong menolong dalam setiap kebaikan dan kebenaran, serta tidak sombong atau takbur hidupnya di muka bumi.
g) Islam mendidik manusia supaya berani menegakkan kebenaran, kebaikan, kejujuran dan keadilan serta takut melakukan kesalahan dan melanggar hukum syarak.
2.5 Rasul Pembawa Risalah Islam
Kepercayaan terhadap rasul adalah salah satu daripada rukun iman. Setiap muslim wajib percaya bahawa Allah s.w.t. telah mengutuskan rasul-rasul dari kalangan manusia untuk memberi perkhabaran baik terhadap mereka yang melakukan kebaikan dan ancaman terhadap mereka yang melakukan kejahatan.
2.5.1 Tuiuan Diutuskan Rasul
Tujuan utama diutuskan rasul-rasul oleh Allah s.w.t. ialah untuk mengajak ummat manusia beribadah kepada Allah s.w.t. serta menegakkan agamanya. Firman Allah:
Terjemahan: dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku". (Surah al Anbiya’:25).
Para rasul telah menjalankan tugas mereka untuk memperkenalkan Allah s.w.t. yang maha Esa yang penuh berkuasa atas segala makhluknya dan mereka menyampaikan segala hukum dan undang-undang Allah s.w.t. yang wajib dipatuhi dan segala larangan yang mesti dijauhi dan wajiblah mempercayai bahawa mereka semua telah menyampaikan seruan Allah s.w.t. dengan penuh kejujuran.
Allah telah menyokong mereka dengan berbagai mukjizat supaya manusia membenarkan seruan mereka. Mukjizat itu adalah perkarayang luar biasa yang melampaui akal fikiran manusia. Ia terjadi di luar kemampuan manusia, di luar logik akal dan ilmu. Rasul-rasul yang diutuskan merunakan manusia pilihan Allah s.w.t. untuk memandu manusia ke jalan yang lurus yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat.
2.5.2 Wajib Beriman Kepada Rasu-Rasul
Al-Quran menyeru umat manusia supaya beriman kepada semua rasul-rasul Allah. Firman Allah:
Terjemahan: Katakanlah (Wahai orang-orang Yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa Yang diturunkan kepada Kami (Al-Quran), dan kepada apa Yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa Yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa Yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana Yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan Kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata". (Surah al Baqarah:136).
AI-Quran menyatakan bahawa ada orang-orang yang beriman kepada setengah rasul-rasul dan sebaliknya mengingkari yang lain yang tidak diterima agama mereka.
Islam telah menentukan prinsip yang teguh untuk memupuk semangat saling mengerti, persaudaraan dan perpaduan antara umat manusia dalam usaha mencari kebajikan bersama.
Inilah di -antara sifat-sifat keistirnewaan agama Islam yang rnembuka seroangat persefahaman yang seluas-luasnya di antaranya dengan agama-agama lain kerana Islam telah mewajibkan kepada penganutnva agar percaya dan menghormati nabi-nabi dan rasul Allah.
Orang yang mengkaji dengan jujur temyatalah bahawa cara Islam menyatupadukan agama-agama menerusi risalah Muhammad adalah cara yang paling selamat untuk kemakmuran dunia. Ini kerana Islam telah mengakui semua agama langit adalah wahyu dari tuhan. Islam menegaskan pula disebabkan perjalanan kurun demi kurun dan dari generasi ke generasi menyebabkan berlaku penyelewengan dari hakikat agama-agama itu sendiri.
Islam menyeru seluruh umat manusia supaya menerima al-Quran yang terkumpul di dalamnya segala intisari dan kebaikan-kebaikan kitab Allah s.w.t. yang terdahulu. Di samping menambahkan lagi perkara-perkara baru yang selaras dengan perkembangan dan keperluan asasi manusia di zaman kebelakangan ini. Semua para rasul terikat kepada arahan Allah s.w.t. terhadap apa-apa tindakan dan kegiatan yang mereka lakukan
2.5.3 Setiap Umat Diutuskan Rasul
Undang-undang Allah s.w.t. yang dipertanggungjawabkan kepada manusia memerlukan rasul untuk memandu mereka ke jalan yang benar. Hubungan seorang Muslim dengan rasul Allah s.w.t. hendaklah didasarkan ke atas tabiat mereka itu selaras pula dengan tugas mereka. Maka janganlah manusia melampaui batas hingga mengaggongkan mereka ke taraf tuhan atau anak tuhan kerana mereka sebenarnya dari golongn manusia juga yang dipilih Allah s.w.t.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani telah mengangkat darjat nabi-nabi mereka ke darjah ketuhanan. Sikap ini telah melampaui batas dan ini merupakan syirik yang timbul dari kesesatan mereka sendiri. Jelasnya pertalian antara kaum muslimin dan rasul-rasul Allah s.w.t. ialah pertalian menerima syariat dan ketaatan. Ini kerana perkara-perkara yang terkeluar dari rasul merupakan terkeluar juga dari suruhan Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. sahaja tempat kita beriman. Dialah yang mengutuskan rasul-rasul ke dunia untuk memandu manusia menuju ke jalan keselamatan dan kesejahteraan.
2.5.4 Nabi Muhammad Diutus Untuk Semua Umat
Risalah Nabi Muhammad s.a.w adalah diutuskan untuk seluruh bangsa dan umat manusia. Sebagai penyempurna kepada risalah tauhid dakwahnya adalah dakwah yang sudah pasti akan kekal untuk selama-lamanya. Di dalamnya terkandung unsur-unsur kehidupan dan kemaslahatan duniawiah dan ukhrawiah. Firman Allah:
Terjemahan: ... pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu... (Surah al Maidah:3).
Sebagai rasul terakhir Nabi Muhammad S.B.W telah berhasil mendakwah umat manusia dalam aspek-aspek berikut:
a) Rasulullah telah berjaya menghapuskan pemujaan dan penyembahan terhadap berhala-berhala dan digantikan dalam jiwa umat manusia dengan cahaya keimanan kepada Allah.
b) Baginda telah berjaya menghapuskan nilai-nilai jahiliah dalam kalangan bangsa Arab khususnya dan umat manusia amnya sebagai gantinya mengganti semula dengan kemuliaan akhlak yang berteraskan keimanan.
c) Rasulullah telah berjaya menegakkan agama yang hak yang menjadi teras kepada pembinaan tamadun manusia.
d) Rasulullah telah berjaya menyatukan bangga Arab iaitu antara kabilah Aus dan Khazraj dan antara kaum Muhajirin dan Ansar serta bernaung di bawah kepimpinan Rasulullah yang bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah baginda.
2.5.5 Bukti-Bukti Kerasulan Muhammad s.a.w
a) Rasulullah seorang yang zuhud di dunia ini. Baginda tidak pernah mengharapkan upah atau balasan di atas tugas risalahnya. Baginda juga zuhud dan segi harta benda, pangkat dan kemasyhuran yang bersifat duniawi.
b) Baginda seorang yang ummi. Baginda tidak boleh menulis dan membaca. Walaubagaimanapun baginda berjaya menjalankan tugasnya sebagai seorang rasul yang menyampaikan risalah Islam kepada umat manusia.
c) Sebagai bukti kebenaran kenabiannya baginda bersifat benar (al siddiq). Segala ucapah dan kata-kata baginda sentiasa benar. Hal ini telah disaksikan oleh umat pada zaman kenabiannya sehingga baginda digelar al-Amin.
d) Dalam Injil Yahya (Yuhana) 16:12,13 ada menyebut “Banyak lagi perkara yang aku hendak katakan kepadamu, tetapi sekarang ini tiada dapat kamu menanggung dia. Akan tetapi apabila ia sudah datang, iaitu Roh Kebeneran, maka ia pun akan membawa kamu kepada kebenaran kerana tiada ia berkata-kata dengan kehendaknya sendiri, melainkan barang yang didengamya itu juga akan dikatakannya dan dikhabarkannya kepadamu perkara yang akan datang”.
Sebagai kesimpulannya Rasulullah s.a.w bertugas mengajar manusia untuk mengenal tuhan mereka dengan pengetahuan yang benar. Mengajar manusia tentang akidah dan ibadah mengikut garis panduan yang ditentukan Allah. Baginda memandu manusia di dunia supaya membersihkan rohaniah agar bebas dan belenggu hawa nafsu agar manusia menjadi insan yang kamil.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment