1.0 Pengenalan
Setiap manusia yang berakal fikiran akan memikirkan mengenai agama. Perkara yang sering difikirkan ialah asal usul kejadiannya, kewujudannya dalam alam ini, mengapakah mereka perlu berada dalam alam ini, apakah tujuan berada di dalam alam ini, dari manakah mereka datang dan kemanakah mereka akan pergi setelah kematian. Persoalan yang sering timbul adalah mengenai kematian, adakah kematian itu penghujung kehidupan atau ada kehidupan lain. Oleh itu untuk mengetahuan persoalan ini perlu kepada suatu penjelasa daripada Pencipta alam ini sendiri. Manusia tidak mampu menjawabnya. Allah s.w.t. sebagai pencipta alam ini telah mengutuskan rasul-rasulnya memberi jawapan yang benar melalui wahyuNya al Quran. Oleh kerana ramai manusia tidak mempercayai al Quran akhir mereka tersesat jalan dalam mencari jalan yang benar kerana menurutkan hawa nafsu mereka sendiri.
1.1 Bagaimana Alam Ini Bermula
Alam ini adalah suatu keajaiban yang menjadi tanda tanya kepada kita. Pandanglah ke langit pada waktu malam pekat. Langit yang luas tidak ada penghujungnya, bintang-bintang dan segala sistem cakrawalanya yang berwarna warni bergemerlapan di langit. Lihat pula di bumi yang masih banyak misteri yang belum terjawab. Tumbuh-tumbuhan yang menghijau, gunung-ganang, berbagai unggas dan penghuni rimba serta suara alam yang mengasyikkan, kesemuanya itu adalah keajaiban alam. Kesemuanya ini meminta supaya manusia yang berakal supaya memikirkannya.
Persoalan yang timbul:
1 Adakah anda pernah memikirkan keajaiban alam ini?.
2 Adakah anda pernah memikirkan berkenaan diri anda sendiri sebagai sebahagian daripada isi alam yang maha luas ini?
3 Adakah Pernah membandingkan diri anda dengan makhluk-makhluk lain penghuni alam ini yang lebih besar dari segi kekuatan dan saiz?
Pasti anda sedar bahawa manusia adalah makhluk yang terlalu kecil dan lemah di alam ini. Bermula dari sini anda mula menyedari bahawa alam yang penuh misteri ini sudah pasti ada pencipta dan pemiliknya. Dialah Allah s.w.t. (subhanahu wa ta’ala / yang maha suci dan maha tinggi) yang bersifat Maha Agung lagi Maha Sempurna. Maka sudah pasti Dia (Allah s.w.t.) tidak diciptakan semua ini secara sia-sia.
Terjemahan: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Surah Ali ‘Imran:190).
Pada umumnya semua manusia percaya bahawa alam ini ada permulaan, dahulunya tidak ada kemudian ia diadakan. Persoalannya bilakah ia bennula dan siapakah yang menciptakannya?. Persoalan inilah yang sering berlegar di pemikiran hampir setiap manusia sejak zaman berzaman. Bagi mereka yang hanya bergantung kepada kemampuan akal, maka lahirlah berbagai hipotesis dan teori tentang penciptaan alam dan manusia. Pada hakikatnya manusia tidak akan mampu mencari kebenaran yang hakiki dengan hanya berpandukan akal yang ada pada mereka. Dapatkah akal mereka memberi jawapan yang pasti tentang persoalan-persoalan ghaib seperti apakah sebenarnya kehidupan ini? Dari mana manusia datang? Apakah tujuan manusia berada di dunia ini? Apakah kematian itu bermakna berakahirnya kehidupan dan apakah manusia tidak akan dihidupkan semula di alam yang lain?.
Akal manusia tidak mampu memberikan jawapan yang pasti tentang persoalan ini. Manusia terus hanyut di alam pemikiran yang tidak berpenghujung. Namun, jawapan yang pasti tidak pernah wujud, kesemuanya samar-samar belaka seolah-olah si buta yang cuba mengenali gajah. Dengan hanya meraba di bahagian tertentu sudah pastilah jawapan yang mereka perolehi bukannya mutlak dan bukanlah gambaran sebenar seekor gajah. Lebih malang lagi rabaan itu hanyalah dari segi zahir sahaja, sedangkan sifat dalamannya masih jauh daripada pengetahuan mereka.
1.1.1 Permulaan Alam Menurut Sains Barat
Sejak dari abad ke-15M iaitu apabila tercetusnya 'Zaman Renaisans' yakni zaman menghidupkan semula semangat pembelajaran, seni dan kesusasteraan di Eropah, ahli-ahli sains Barat mula memikirkan tentang kejadian alam dan melahirkan beberapa teori tentangnya. Antara teori yang paling tersohor di kalangan sarjana Barat ialah teori Letusan Besar atau "Big Bang."
Mengikut teori "Big Bang" bumi, matahari, bulan, bintang dan sebagainya yang ada sekarang ini dahulunya tidak ada. Kira-kira lima belas hingga dua puluh billion tahun yang lalu satu letusan besar telah berlaku akibat daripada pemampatan jisim atom di ruang alam. Pemampatan jisim-jisim atom ini telah menghasilkan suhu yang tersangat amat panas yang akhirnya mengakibatkan berlakunya satu letusan besar atau big bang. Apabila bahan atom yang padat itu meletus, ia berpecah dan berkecai dalam bentuk awan hidrogen yang kemudiannya mengetal menjadi awan galaksi. Pada peringkat awal, alam semesta ini telah dipenuhi dengan gas panas dan bahan radiasi. Gas panas dan padat itu tersebar luas memenuhi ruang dan akhirnya menyejuk lalu membentuk ketulan yang terapung-apung di alam semesta. Ketulan gas-gas inilah yang membentuk bintang-bintang di sistem cakrawala di alam ini. Bumi dan planet yang lain dikatakan berasal daripada bahagian matahari yang memisahkan diri pada masa matahari masih berupa kabut yang tebal. Bahagian yang terpisah itu menjadi sejuk dan terjadilah planet-planet seperti sekarang. Proses pembentukan itu berjalan terus-menerus mengikut hukum alam yang memakan masa berbillion tahun.
Andaian bahawa cakrawala yang ada di alam ini terjadi bermula daripada satu letusan besar mungkin ada kebenrannya. Tetapi itu bukanlah bermakna ia terjadi sendiri tanpa perancangan. Bukankah letusan yang melahirkan bumi, matahari, bintang-bintang dan segala yang lain itu juga merupakan satu perancangan? Adakah mungkin bintang-bintang di langit dengan segala sistem planet yang berjumlah berbillion-billion itu terjadi dan beredar sendiri secara teratur tanpa ada pengaturnya yang maha bijaksana?
Kitab suci al-Quran sendiri menjelaskan bahawa langit dan bumi ini dahulunya merupakan lapisan asap dan debu yang satu, kemudian kuasa Allah s.w.t. telah membentuknya menjadi objek yang berlainan. Firman Allah:
Terjemahan: kemudian ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada Dengan sukarela atau Dengan paksa!" keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh Dengan sukarela" (Surah al Fussilat:11).
Firman Allah s.w.t. lagi:
Terjemahan: dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Surah al Anbiya’:30).
Daripada kedua ayat al-Quran yang dibentangkan di atas jelas menunjukkan bahawa alam ini bukannya terjadi sendiri tanpa perancangan, sebaliknya ia terjadi menurut ketentuan Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa. Apa yang disangka saintis Barat sebagai hukum tabie itu sebenarnya adalah sunnatullah (peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. ) yang telah ditentukan sejak azali.
1.1.2 Sains Barat dan Teori Evolusi
Amat jelas sekali bahawa dalam kehidupan moden kini, masyarakat dunia banyak dipengaruhi oleh nilai tamadun Barat yang melihat segala sesuatu dari perspektif sains atau rasional akal seraata-mata. Asas sains Barat adalah Darwinisme yang menolak nilai-nilai agama dan melihat segala sesuatu tercipta secara semulajadi melalui proses evolusi. Mengikut pendokong teori evolusi, semua benda berkembang ke arah lebih baik, teknologi moden lebih baik daripada teknologi purba. Mereka juga turut menghubungkan konsep moden dengan sistem nilai. Nilai tradisi dianggap tidak progresif dan perlu ditinggalkan. Pada mereka, nilai moral adalah tidak mutlak, malah relatif, boleh berubah mengikut peredaran zaman dan kehendak masyarakat. Agama tidak lagi perlu kerana sains dan akal boleh menyelesaikan semua masalah manusia. Mereka menganggap agama tidak lebih daripada unsur kebudayaan dan tidak sebaliknya.
Para saintis ulung Barat seperti Galileo, Harvey (1578-1657M), Descartes (1596-1650M), Newton (1642-1727M dan Leibniz (1646-1716M) pada umumnya menganggap sains sebagai suatu yang mutlak. Menurut mereka, alam ini bergerak bebas mengikut hukum matematik biasa. Sebagai contoh, hukum mekanik Newton dan hukum matematik Descartes menjelaskan bahawa pergerakan segala planet dan bintang adalah menurut hukum matematik alam atau secara tabie, tanpa ada kaitan dengan kuasa Tuhan atau para malaikat-Nya. Newton juga menunjukkan bahawa hukum alam di bumi ini juga berlaku di bintang dan planet lain. Justru itu tiada lagi perasaan misteri terhadap alam. Menurut mereka, kalaupun Tuhan yang mencipta alam ini, tetapi setelah alam tercipta, kuasa Tuhan tidak diperlukan lagi kerana alam ini telah ditetapkan perjalanannya untuk selama-lamanya.
Dari dulu hingga kini pada umumnya saintis Barat melihat fenomena alam ini hanyalah sebagai bahan material yang terjadi secara tidak sengaja, ialu terus bergerak mengikut hukum alam. Aspek roh yang tidak boleh dibuktikan dianggap tidak wujud sama sekali atau hanya sebagai tahyul manusia. Sebagai contoh, mereka menganggap seluruh tubuh manusia hanya sebagai suatu sistem hidrolik yang mengalirkan darah. Manusia bernyawa hasil daripada gerakan jantung yang mengepam darah ke seluruh anggota badan. Oleh kerana bernyawanya manusia atau haiwan itu bergantung kepada denyutan jantung, maka roh atau nyawa dianggap tidak diperlukan lagi, atau sebenarnya roh dan nyawa itu sesuatu yang tidak wujud.
1.1.3 Pandangan Islam Tentang Penciptaan Alam
Semua orang mengakui dan mengkagumi bahawa Taj Mahal yang dibina oleh Shah Jahan adalah salah sebuah senibina terindah di dunia. Buatannya begitu rapi, susunannya menarik dan senibinanya sangat halus. Keindahan Taj Mahal bukan hanya pada bentuknya luarannya, tetapi bahan binaannya juga adalah yang paling bermutu. Sesiapa sahaja yang melihat sama ada orang biasa mahupun arkitek pasti akan merasa kagum dan tertanya-tanya siapakah arkitek yang membinanya. Mustahil sebuah bangunan yang begitu indah terdiri dengan sendirinya tanpa dirancang. Walaupun kita tidak pernah melihat mahupun mengenali arkiteknya, tetapi kita yakin dia adalah seorang pakar dalam pembinaan. Bagaimana pula pendapat anda tentang penciptaan alam yang amat kompleks ini? Adakah mungkin ianya terjadi dengan sendiri? Tentulah akal yang waras menjawabnya tidak.
Kejadian alam yang amat kompleks ini adalah mustahil bagi manusia untuk memahami seluruh rahsia kejadiannya dengan hanya berpandukan akal. Oleh itu, manusia memerlukan sumber lain untuk memahami lebih mendalam tentang rahsia alam, terutamanya yang berhubung dengan persoalan ghaib yang berada di luar batas kemainpuan pemikiran akal mereka. Oleh kerana akal mereka tidak dapat memahami persoalan-persoalan ghaib tersebut, maka lahirlah persepsi dan konsepsi tertentu terhadap perkara tersebut yang semata-mata berasaskan tanggapan atau sangkaan. Tanggapan dan sangkaan itu lama kelamaan bertukar menjadi kepercayaan yang dianuti sebagai agama. Kita telah menyaksikan berbagai-bagai kepercayaan bentuk sebegini yang telah timbul di sepanjang sejarah manusia. Ada yang bentuknya begitu simpel seperti agama totem dan ada pula yang agak kompleks dan filosofikal seperti agama Hindu.
Menurut Islam, alam ini adalah sebahagian daripada makhluk atau ciptaan Allah s.w.t. Sedangkan ciptaan Allah s.w.t. itu adalah amat banyak dan tidak mungkin dapat dihitung atau diketahui semuanya oleh manusia. Namun begitu, Islam menggalakan setiap manusia untuk memerhati dan memikirkan tentang alam dan penciptaannya yang penuh rahsia. Malah Islam menggesa manusia memikirkan tentang kejadian dirinya sendiri. Tujuannya supaya mereka mengenal dirinya dan menyedari keagungan pencipta dan pemilik seluruh alam ini yakni Allah s.w.t. Firman Allah:
Terjemahan: Patutkah mereka merasa cukup Dengan mengetahui Yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan Dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), Bahawa Allah s.w.t. tidak menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya itu melainkan Dengan ada gunanya Yang sebenar, dan Dengan ada masa penghujungnya Yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang Yang sungguh ingkar akan pertemuan Dengan Tuhannya. (Surah al Rum:8).
Persoalan tentang bila dan bagaimana alam ini diciptakan adalah tidak penting di sisi Allah s.w.t. kerana semua makhluk adalah ciptaan-Nya. Semua makhluk adalah adalah baharu yakni ada permulaannya dan tidak akan kekal selamanya. Hanya Allah s.w.t. yang bersifat kekal, tidak ada permulaan dan kesudahan, dan Dialah yang menciptakan segala-galanya, termasuklah konsep masa itu sendiri. Ertinya, dulu masa dan seluruh alam serta makhluknya tidak ada, kemudian Allah s.w.t. mengadakannya. Setiap yang diadakan adalah bersifat baharu dan kerana itu pasti akan ada kesudahannya pula. Demikian pula dengan alam ini, justru ia ada permulaaa, maka akan ada penghujuagaya. Dengan kata lain, satu ketika nanti alam dunia ini akan berakhir, hancur dan musnah.
Berakhirnya kewujudan alam dunia ini tidak pula bererti berakhirnya segala-gala kerana alam ciptaan Allah s.w.t. adalah banyak. Destinasi manusia tidak berakhir di dunia ini, malah dunia ini tidak lebih sebagai tempat transit atau persinggahan sementara sahaja. Apabila berakhirnya alam dunia ini maka manusia akan dipindahkan ke alam baru yang bersifat lebih kekal, dinamakan Alam Akhirat. Di sanalah semua perbuataa manusia ketika di dunia akan dihitung dan diadili secara saksama oleh Allah s.w.t. yang bersifat Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Manusia yang beriman dan beramal soleh akan raendapat ganjaran Jannah (syurga), sementara manusia yang tidak beriman dan jahat akan dicampakkan ke Neraka Jahanam.
1.2 Matlamat Penciptaan Manusia
Sejak zaman-berzaman, persoalan utama bermain di fikiran setiap manusia ialah mengapa ia dilahirkan, apakah peranannya di dunia ini dan apakah yang akan terjadi selepas ia meninggalkan dunia ini.
Antara seluruh makhluk ciptaan Allah s.w.t. , manusia merupakan makhluk yang paling sempuma dan mulia. Pertama kerana dia dikurniakan akal, dan kedua, kerana dia dipilih sebagai khalifah di bumi. Manusia diciptakan dengan suatu tujuan murni iaitu untuk beribadat atau mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah al Dzariyat:56).
Ibadah dalam konteks yang luas ialah segala bentuk ketaatan, lahir dan batin kepada Allah s.w.t. Seseorang itu tidak dinamakan taat, kecuali dia mengikut secara mutlak dan redha dengan segala apa yang diperintahkan. Sebagai hamba yang dipilih sebagai khalifah pentadbir bumi, manusia seharusnya akur dengan segala peraturan yang ditentukan Allah s.w.t. untuk mereka. Itulah peraturan terbaik untuk manusia, bukan sahaja untuk kesejahteraan hidup di dunia yang fana ini, malah yang lebih penting lagi ialah kebahagiaan di Akhirat yang kekal abadi.
Sebagai khalifah, manusia diberi tanggungjawab untuk memakmurkan dunia ini dengan membina tamadun yang selari dengan kehendak Allah s.w.t. Hanya tamadun yang sedemikian sahaja yang dapat menjamin kesejahteraan, keharmonian dan kedamaian hidup manusia di dunia ini yang menjadi asas pula kepada kebahagian hidup mereka di Akhirat. Allah s.w.t. menciptakan alam semesta ini sesuai dan selaras dengan keperluan hidup manusia. Alara semesta ini diciptakan untuk menjadi bahan kepada pembinaan tamadun manusia. Oleh kerana itu menjadi kewajipan manusia pula untuk menyesuai dan menyelaraskan hidup mereka dengan fitrah alam semesta melalui panduan para Rasul utusan Allah s.w.t. sebagai pembimbing manusia.
Kita tidak boleh menafikan bahawa kemajuan sains adalah perlu dalam pembinaan tamadun. Pada masa kini ilmu sains telah sampai ke peringkat ketinggiannya dan telah berjaya membina tamadun kebendaan yang hebat. Kejayaan sains itu telah begitu mempersonakan kebanyakan manusia sehingga sains yang hanya merupakan alat itu telah disalah anggap sebagai matlamat. Mereka menyangka bahawa sainslah sahaja yang hakiki dan sebenar. Sainslah sahaja sebagai anak kunci segala ilmu yang mampu menyingkap segala rahsia, bukan sahaja di alam fisika, tetapi juga di alam metafisika, sehingga akhirnya mereka menganggap sains sebagai Tuhan yang menjadi rujukan dan panduan dalam segala tindakan. Sains juga dijadikan asas di dalam pembentukan nilai moral manusia. Manusia begitu bangga dan terpesona dengan kemampuan sains sehingga menyanjung dan mengagungkannya serta membuang agama Allah s.w.t. dan mempersenda utusan-Nya. Dengan begitu sombong dan angkuh mereka melaungkan bahawa agama sudah tidak diperlukan lagi di zaman moden ini.
Keterpesonaan manusia dengan sains meyebabkan mereka lupa bahawa mereka adalah hamba Allah s.w.t. Mereka menolak dan mengingkari agama Allah s.w.t. sebagai panduan hidup. Tamadun yang mereka bangunkan terpisah dari nilai-nilai agama secara lepas bebas mengikut kehendak nafsu yang keinginannya tanpa mempunyai batas. Dengan itu, tamadun mereka bercorak kebendaan, kenafsuan dan kesyaitan serta jauh dari corak kerohanian dan kenabian. Tamadun yang hanya menggemukkan nafsu buas dan mengerdilkan kerohanian sama ada dari sudut akhlak mahupun akidah keimanannya.
Manusia perlu sedar bahawa walau bagaimana tinggi dan luas sekalipun ilmu dan pengetahuan mereka, pada hakikatnya mereka masih jahil. Mereka jahil dalam hakikat ketuhannan yang sebenar. Mereka tidak mengenal dirinya dan jauh sekali daripada mengenal Tuhannya. Mereka jahil tentang hakikat kehidupan sebenar dan jahil tentang peraturan dalam perhubungan antara sesama manusia dan seterusnya antara mansia dengan alam. Pengetahuan mereka hanya terbatas kepada lingkungan alam benda kerana mereka menyangka bahawa hakikat kewujudan itu hanya terbatas kepada alam benda. Jika ada desakan untuk mengetahui persoalan lain, maka kebendaaan itulah yang menjadi asas panduan mereka, sepertimana yang berlaku dalam kajian Barat tentang ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan. Demikian juga kajian-kajian mereka dalam bidang lain termasuk dalam tentang akhlak dan aqidah manusia.
Selama ilmu manusia berasaskan kebendaan, cara atau metode kebendaan dan matlamat kebendaan, maka selama itulah manusia tidak akan terlepas daripada lingkungan kejahilan. Adalah mustahil ilmu di alam fisika boleh menyingkap rahsia ilmu di alam metafisika.
Selagi manusia mengikat diri mereka di dalam alam benda maka selama itaiah mereka akan tetap terkurung di dalam perangkap kejahilan, walaupun mereka menyangka memiliki ilmu yang tinggi dan berbangga dengan ketinggian ilmu itu, Sebagai corioh, dalam kajian untuk mengenali dirinya' manusia melakukan kajian berasaskan kepada metode-metode kajian di alarn benda. Cara ini sudafa tentulah tidak akan sampai kepada kebenaran yang mutlak.
1.2.1 Adam a.s. Adalah Manusia Pertama dan Khalifah di Bumi
Allah memaklumkan kepada para malaikat dan jin tentang tujuan penciptaan Adam a.s. iaitu sebagai khalifah di bumi. Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya". (Surah al Baqarah:30).
Dimaksudkan dengan khalifah ialah seorang yang akan menjadi pengurus dan pengatur kehidapan manusia di bumi berdasarkan syariat dan peraturan Allah s.w.t. bersesuaian dengan matlamat penciptaan manusia iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Nabi Adam a.s. dijadikan Allah s.w.t. berasaskan perancangan atau kurikulum kejadian insan yang sungguh unik, istimewa dan teratur. Beliau dibekalkan tenaga, perasaan, fikiran dan ilmu pengetahuan dalam bentuk yang bersepadu yang bersifat teoritis dan praktis. Pembekalan kedua-duanya selain menjadi alat bagi memelihara iman, ia juga merupakan tenaga utama bagi melayakkan dirinya sebagai hamba Allah s.w.t. dan khalifah-Nya di bumi ini. Dengan berpandu kepada ilmu yang dimilikinya secara bersepadu itu, beliau beajaya memimpin, mendidik manusia supaya beriman kepada Allah s.w.t. serta mentadbir urusan mereka bagi mencapai kebahagian hakiki di dunia dan Akhirat menurut keredhaan Allah.
Peranaan sebagai hamba dan khalifah di bumi ini adalah satu tugas yang amat berat dan tidak sanggup dipikul oleh makhluk-makhluk lain tetapi hanya mampu dipikul oleh manusia. Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan. (Surah al Ahzab:72).
1.2.2 Unsur-unsur Kejadian Manusia
Manusia pertama iaitu Adam a.s. diciptakan daripada tanah liat dan roh ciptaan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia - Adam dari tanah; "kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".(Surah Sod:71-72).
Maksud ayat al-Quran di atas dengan jelas mengumumkan bahawa penciptaan manusia terdiri daripada dua unsur utama iaitu unsur jasad (tubuh kasar) yang tercipta dari tanah dan unsur roh yang merupakan urusan Tuhan yang tidak dijelaskan kepada manusia tentang fenomenanya. Dari segi unsur jasmani yang terdiri daripada darah, daging, tulang, air dan lain-lain, manusia dan haiwan tidak ada perbezaan. Malah, jasad manusia adalah lebih lemah daripada kebanyakan haiwan. Kajian sains telah mengesahkan bahawa semua bahan kimia yang terkandung dalam unsur jasad manusia adalah sama dengan bahan kimia yang ada dalam bumi. Unsur jasad ini juga melambangkan keperluan jasad manusia dan pelbagai aktivitinya yang menyerupai aktiviti dan keperluan haiwan.
Roh adalah unsur yang menghidupkan manusia. Unsur rohlah yang menjadikan makhluk manusia istimewa kerana mempunyai kesedaran dan kemampuan untuk memahami, mempunyai kemahuan dan segala sifat kemanusiaan yang lain. Dengan adanya unsur ini, kadangkala manusia boleh meningkat menjadi makhluk yang lebih mulia daripada malaikat. Aktiviti roh adalah perkara-perkara maknawi yang tidak boleh dikesan oleh pancaindera zahir.
Kewujudan kedua-dua unsur itu adalah suatu hakikat yang jelas dan boleh disaksikan. Hakikat kewujudan jasad tidak perlu dipertikaikan lagi. Hakikat roh itu tersembunyi dan merupakan urusan Tuhan sendirian yang tidak akan dapat difahami oleh sesiapapun. Kita hanya boleh menanggapi kesan-kesan kewujudannya melalui tanggapan akal. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". (Surah al Isra’:85).
1.2.3 Perkembangan Zuriat Keturunan Adam a.s.
Seperti yang telah dijelaskan, seluruh manusia adalah berasal dari keturunan Adam a.s., kerana itu dia digelar sebagai "Abu al-Basyar" yang bermaksud bapa segala manusia. Isteri Adam a.s. iaitu Siti Hawa juga diciptakan dari diri Adam a.s. yakni daripada tulang rusuk beliau. Bukti jelas seluruh manusia berasal dari satu keturunan ialah finnan Allah s.w.t.
(bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah s.w.t. Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah s.w.t. sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah al Nisa’ :1).
Perkongsian hidup antara Adam a.s. dengan Hawa telah melahirkan zuriat keturunan mereka. Zuriat ini telah berkembang biak dalam jumlah yang besar dan tersebar ke merata pelusuk dunia sehingga menjadi berbagai bangsa dan puak. Terjadinya berbagai bangsa dan puak itu merupakan satu rahmat Allah s.w.t. kepada manusia itu sendiri kerana mereka boleh saling kenal-mengenal dan bertukar-tukar pengalaman kehidupan untuk kebaikan bersama. Allah s.w.t. s.vv.t. mengingatkan makhluk manusia supaya hidup bersaina dalam keadaan aman dan saiing' bekerjasama menegakkan perkara kebaikaa serta mencegah kemungkaran. Pada dasarnya seluruh makhluk manusia adalah sama kedudukannya di sisi Allah. Ukuran kemuliaan seseorang di sisi Allah s.w.t. iaiah nilai taqwa yang ada pada dirinya. Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al Hujurat:13).
Proses kejadian zuriat keturunan Adam a.s. adalah berlainan daripada proses kejadian Adam a.s. yang diciptakan daripada tanah. Demikian juga dengan Hawa yang diciptakan daripada tulang rusuk Adam a.s. Keturunan Adam a.s. terhasil melalui proses tabie percantuman benih Adam a.s. dan Hawa. Demikianlah proses kejadian keturunan anak-anak Adam a.s. seterusnya, berlaku secara terus-menerus sebagai sunnatullat yang ditentukan Allah s.w.t. kepada manusia. Apabila benih lelaki (sperma) bercampur dengan benih perempuan (ovum) maka berlakulah perbentukan sel-sel zigot (nutfah) dan melekat pada dinding rahim. Selepas itu membentuk satu embrio (alaqah) yang melekat pada dinding rahim. Selepas itu terbentuklah ketulan daging (yang bagai dikunyah) dikenal sebagai mudhghah dan seterusnya berlakulah pembentukan tulang dan diikuti dengan otot-otot. Kitab suci al-Quran menceritakan secara lengkap tentang proses kejadian manusia bermula daripada percantuman benih suami-isteri hinggalah lahirnya seorang makhluk baru. Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh; kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah s.w.t. sebaik-baik Pencipta. (Surah al mukminun:12-14).
Daripada maksud ayat al-Quran di atas kita boleh merumuskan proses kejadian zuriat manusia itu sebagai berikut:
i. Percantuman seperma lelaki di dalam rahim wanita
ii. Terhasilnya alaqah (embryo) dalam bentuk segumpal darah
iii. Berkembang menjadi mudhghah atau sepotong daging
iv. Terjadinya idzam yakni tulang-temulang
v. Daging-daging tumbuh menyaluti tulang
vi. Terhasilnya khalqan akhar (bayi)
vii. Peniupan roh.
Berkenaan proses yang terakhir, Allah s.w.t. menjelaskan di dalam firman-Nya:
Terjemahan: "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadaNya. (Surah al Hijr:29).
1.2.4 Hikmat Penciptaan Manusia
Manusia tidak diciptakan secara sia-sia. Kerana itu manusia harus memahami tujuan apa dia diciptakan, apakah tugas yang harus dilakukan dan apakah peraturan yang perlu diikuti. Mereka yang beranggapan bahawa kejadian manusia adalah tanpa tujuan adalah jahil. Adalah mustahil sesuatu kejadian yang besar terjadi tanpa ada tujuan. Sebagai contoh, kita perhatikan setiap anggota badan kita ada hikmat atau tujuan tertentu. Setiap anggota menjalankan tugas atau fungsi masing-masing bagi menyempurnakan kehidupan kita. Mulut bertugas untuk makan demi kebaikan seluruh badan. Jantung pula berfungsi mengepam darah ke seluruh anggota badan. Demikian juga setiap anggota badan yang lain, semuanya mempunyai fungsi tersendiri, saling lengkap-melengkapi.
Kalaulah setiap anggota badan manusia itu dijadikan untuk sesuatu hikmah, maka sudah tentulah kejadian manusia itu sendiripun adalah untuk sesuatu hikmah atau tujuan tertentu. Malangnya orang yang tidak beriman tidak dapat menyelami hikmah penciptaan manusia. Ini kerana hikmah sesuatu barang ciptaan tidak akan diketahui sesiapa, kecuali melalui pemberitahuan dari orang yang mencipta barang tersebut ataupun wakilnya.
Orang yang beriman kepada Allah s.w.t. mengetahui hikmah pencitaan mereka iaitu untuk mentaati Penciptanya dan beribadat kepada-Nya. Oleh itu tidak ada sebarang benda ciptaan kecuali ia akan beroperasi menurut kehendak penciptanya. Dalam hal penciptaan manusia, Allah s.w.t. menjelaskan di dalam firman-Nya:
Terjemahan: dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah s.w.t. Dia lah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya. (Surah al Dzariyat:56-58).
Allah s.w.t. menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi yang bertanggungjawab mengimarahkan (memajukan) alam dunia ini mengikut kehendak-Nya. Dernikianlah bentuk ibadat dan ketaatan yang Allah s.w.t. tuntut daripada manusia. Kita diperintahkan supaya melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya". (Surah al Baqarah:30).
Dengah amanah kekhalifahan ini maka setiap manusia diuji tentang ketaatan mereka sama ada mereka telah menjalankan tugas menurut yang diarnanahkan atau sebaliknya. Dari sinilah dapat dibezakan di antara orang yang beriman dengan mereka yang kufur yakni tidak beriman. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: dan Demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) Dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa Yang telah Kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong Yang kamu anggap dan sifatkan Bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah s.w.t. Dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa Yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). (Surah al An’am:94).
Mereka yang beriman kepada Allah s.w.t. akan mendapat keredhaan dan kebaikan daripada-Nya, sementara mereka yang kufur akan berakhir dengan keburukan dan kemurkaan-Nya. Setelah diberi tempoh masa tertentu di bumi manusia akan dikembalikan kepada Allah s.w.t. untuk dihitung amal perbuatannya serta ditentukan balasannya. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: dan (ingatlah), Allah s.w.t. menciptakan langit dan bumi Dengan cara Yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya), dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan Dengan apa Yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. (Surah al Jathiah:22).
Kalaulah kita yakin bahawa setiap anggota badan kita ada mempunyai fungsi dan tidak dijadikan secara sia-sia, maka sudah pastilah manusia itu tidak diciptakan secara sia-sia, malah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Kalaupun hikmah penciptaan manusia itu tidak begitu teserlah di alam dunia ini ia pasti akan teserlah di akm Akhirat nanti, iaitu alam yang akan ditempohi setiap manusia. Keadaan kehidupan di dunia ini boleh kita umpamakan seperti kehidupan janin di dalam perut ibu. Janin itu tentu tidak dapat memikirkan manfaat atau hikmah dia dikurniakan dua biji mata sedangkan ianya sedikitpun tidak berfaedah (semasa dalam rahim). Kenapakah dia diciptakan dua paru-paru sedangkan ia tidak mempunyai nilai sekarang (semasa dalam rahim). Apakah tujuan semua kejadian itu? Tetapi kalaulah janin itu menunggu sehingga dia lahir ke dunia, pasti dia akan mendapati bahawa semua kurniaan itu ada hikmahnya. Hikmah yang dia tidak dapat dia mengetahuinya semasa masih berada di dalam rahim.
Apakah-perkembangan dan perjalanan kita di dalam kehidupan dunia ini tidak sama dengan perkembangan kita di dalam rahim ibu? Apakah tidak serupa kematian itu dengan kelahiran? Apakah tidak sama keluarnya manusia dari dunia ini dengan keluarnya mereka dari rahim ibu? Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging Yang disempurnakan kejadiannya dan Yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara Yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan Kami pula menetapkan Dalam kandungan rahim (ibu Yang mengandung itu) apa Yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa Yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu Yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula Yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu Yang telah diketahuiNya dahulu. dan (ingatlah satu Bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan Yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman Yang indah permai. (Surah al Hajj:5).
Maha suci Allah s.w.t. daripada melakukan sesuatu yang sia-sia. Manusia telah diciptakan daripada tanah, dibentuk dari nutfah dan seterusnya dibentuk dalam sebaik-baik kejadian. Sudah tentulah penciptaan yang begitu sempurna itu raerapunyai tujuan yang besar. Bukan setakat untuk kehidupan yang sementara di dunia, tetapi yang lebih penting ialah untuk kehidupan yang lebih sempurna di Akhirat. Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: "Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?" Maka (dengan Yang demikian) Maha Tinggilah Allah s.w.t. Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang tetap benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang mulia. (Surah al Mukminun:115-116).
Allah s.w.t. mengingatkan manusia bahawa kehidupan mereka tidak berakhir di dunia ini, malah akan ada alam lain yang akan ditempohi manusia. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: Patutkah manusia menyangka, Bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? Bukankah ia berasal dari air mani Yang dipancarkan (ke Dalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan. Adakah (Tuhan Yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang Yang mati? (tentulah berkuasa)! (Surah al Qiyamah:36-40).
Allah s.w.t. menciptakan untuk manusia sesuatu yang sesuai dengan fitrahnya. Sebagai contoh, setiap anggota badan manusia ada fungsinya yang tersendiri, kaki untuk berjalan, mata untuk melihat, mulut untuk makan dan begitulah seterusnya. Justru itu menjadi tanggungjawab manusia untuk memelihara fitrah tersebut supaya bersesuaian dengan fitrah kejadiannya. Manusia yang menukar fitrah kejadian sesuatu dengan tujuan asal penciptaannya adalah melakukan penyelewengan dan kerosakan.
Allah s.w.t. telah menjelaskan kepada manusia bahawa tujuan penciptaan mereka adalah untuk beribadat kepada-Nya. Malangnya orang yang tidak beriman mengubah hikmah penciptaan manusia. Mereka merasa sombong dan enggan beribadat kepada Allah s.w.t. Perbuatan mereka yang menyeleweng daripada fitrah kejadian manusia itu hanya akan merugikan diri sendiri. Akibat buruk penyelewengan mereka daripada fitrah asal kejadian manusia itu akan mereka ketahui di Akhirat kelak di mana mereka akan dimasukkan ke Neraka Jahanam. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: Iaitu orang-orang Yang mendustakan Al-Quran dan Segala Yang dibawa oleh Rasul-rasul Kami Yang telah Kami utus; maka mereka akan mengetahui kelak. Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret. Ke Dalam air panas Yang menggelegak; kemudian mereka dibakar Dalam api neraka; (Surah al Mukmin:70-72).
Bentuk pengibadatan yang Allah s.w.t. tuntut daripada manusia ialah supaya manusia menjalani kehidupan di atas muka bumi ini menurut kehendak dan hidayah-Nya. Ertinya ibadat itu bukan sahaja terbatas kepada soal sembahyang dan puasa sahaja, tetapi meliputi semua perlakuan manusia. Semua perlakuan manusia yang berada dalam lindungan yang dibenarkan Allah s.w.t. adalah dikira ibadah. Sementara apa jua perintah atau ajaran yang mengajak manusia ke arah yang lain daripada tujuan asal penciptaannya, maka itu adalah maksiat dan kederhakaan kepada Allah s.w.t.
1.2.5 Ciri-ciri Keistimewaan Manusia
Manusia adalah makhluk Allah s.w.t. yang paling sempurna kejadiannya. Sebagai makhluk terpilih, sudah pastilah manusia mempunyai beberapa ciri keistimewaan yang tidak dipunyai oleh makhluk lain.i Ciri-ciri keistimewaan manusia itu boleh dirumuskan seperti berikut:
i. Kesempurnaan kejadian.
Manusia adalah makhluk Allah s.w.t. yang paling istimewa dan unik kerana pada diri manusia ada sifat-sifat makhluk haiwan, iblis dan malaikat. Tabiat haiwan adalah makan, tidur, mengawan dan sebagainya. Iblis atau syaitan laknatullah pula tugasnya memfitnah, penipuan, permusuhan, dengki dan sebagainya. Malaikat pula aktivitinya adalah sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. Mereka bebas daripada segala sifat kehaiwanan, tanpa sifat marah dan tanpa keinginan syahwat. Seseorang yang mempunyai tabiat yang murni akan berusaha untuk menjayakan sifat-sifat kemalaikatan dalam dirinya dan dia akan mencapai kebahagian dengan mengenal Allah s.w.t. serta terbebas dan nafsu syahwat dan kemarahan. Dengan kata lain, makhluk manusia adalah istimewa kerana mereka boleh berusaha untuk mencapai darjat yang lebih mulia daripada malaikat, sebaliknya mereka juga boleh menjadi lebih hina daripada haiwan sekiranya hidup hanya berpandukan hawa nafsu.
ii. Manusia Mempunyai Unsur Jasmani dan Rohani
Penciptaaan manusia terdiri daripada dua unsur utama iaitu unsur jasad dan unsur rohani. Di dalam unsur rohani terdapat satu zat yang dipanggil qalb atau hati. Dimaksudkan dengan hati itu bukanlah jisim fisikal yang terdapat di dalam dada manusia, tetapi adalah satu zat halus yang bukan benda. Hati inilah yang berperanan menggunakan segala indera dan kekuatan yang ada dalam diri seseorang sebagai alatnya dan hamba-hamba suruhannya. Ia menjadi tuan kepada anggota yang lain. Sekiranya tuan itu baik maka akan baiklah seluruh anggota badannya dan begitulah sebaliknya. Jasad boleh diibaratkan sebagai kuda dan roh adalah penunggangnya. Jasad dijadikan untuk kepentingan roh dan bukan sebaliknya. Oleh itu sesiapa yang tidak memperdulikan tentang rohnya dan tidak mahu mengenalnya, dia akan mengalami kerugian di dunia dan juga di Akhirat.
iii. Manusia Memiliki Akal Fikiran dan Nafsu.
Makhluk malaikat hanya mempunyai akal tetapi tidak dikurniakan nafsu, sementara makhluk haiwan pula dikurniakan nafsu tanpa akal. Makhluk-makhluk lain seperti tumbuh-tumbuhan, langit dan bumi dan yang seumpamanya dijadikan tanpa akal dan tanpa nafsu. Makhluk manusia teristimewa daripada keseraua makhluk tersebut kerana di samping dikurniakan nafsu, manusia juga dikurniakan akal sebagai neraca pertimbangan.) Pengertian berakal dalam Islam tidak cukup dengan hanya kebolehan berfikir, tetapi ia mesti disertai dengan kemampuan membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Kalaulah diri manusia itu boleh diibaratkan sebagai sebuah kerajaan, di mana rajanya ialah hati maka akal adalah seumpama seorang wazir yang bertanggungjawab menasihati raja. Pancaindera pula adalah ibarat tentera, sementara nafsu adalah ibarat pemungut cukai dan sifat marahnya ibarat pegawai polis. Dengan alasan hendak memungut cukai dan menghimpun pendapatan untuk negara, nafsu dan keinginan selalu hendak melakukan tindakan melewati batas-batas yang merosakkan: Kedua-dua pemungut cukai dan pegawai polis itu mestilah ditundukkan di bawah kuasa raja dan raja pula mesti mendengar nasihat wazirp Mereka tidak boleh dibunuh atau dibuang kerana mereka ada mempunyai tugas yang mesti dilaksanakan demi kesejahteraan negara. Kalaulah mereka bertindak melampaui kuasa mereka, atau raja pula enggan mendengar nasihat wazir, maka akan rosaklah negara itu. Begitulah keadaannya kalau nafsu mengatasi akal maka seseorang insan itu akan menjadi rosak binasa. Sebaliknya jika keinginan dan nafsu itu berjaya dipergunakan untuk tujuan kebaikan maka akan beruntunglah diri insan itu.
iv. Manusia Adalah Khalifah di Bumi
Sejak awal penciptaan manusia, Allah s.w.t. telah mengkhabarkan kepada para malaikat dan jin bahawa tujuan penciptaan manusia itu ialah untuk dijadikan khalifah di bumi. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah, ayat 30 bermaksud: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." Allah s.w.t. telah memuliakan makhluk manusia dengan memerintahkan para malaikat dan jin sujud sebagai tanpa hormat kepada Adam a.s. Di samping itu Allah s.w.t. telah mengajarkan kepada Adam a.s. segala ilmu yang tidakpun diajarkan kepada para malaikat dan jin dan makhluk ciptaan-Nya yang lain) Kemampuan manusia boleh mempelajari ilmu ini tidak dimiliki oleh makhluk Allah s.w.t. yang lain. Dengan segala keistimewaan itu, maka makhluk manusia diberikan tanggungjawab untuk mentadbir dan memakmurkan dunia ini dengan peraturan Allah s.w.t. yang bersifat Maha Adil dan Saksama yang disampaikan melalui Rasul-rasul utusan-Nya. Manusia yang patuh kepada peraturan Allah s.w.t. akan menjadi makhluk yang mulia di dunia dan di Akhirat. Sebaliknya manusia yang membelakangi panduan Ilahi dengan hanya berpandukan akal fikiran dan hawa nafsu adalah hina di sisi Allah s.w.t. di dunia dan di Akhirat. Taraf mereka tidak lebih darirpada haiwan yang tidak berakal, malah lebih hina lagi.
v. Kemudahan Alam Tabie
Penciptaan manusia adalah membayangkan kekuasaan, hikmah dan cinta Allah s.w.t. Kurniaan Allah s.w.t. .kepada manusia adalah terlalu banyak dan terlalu besar untuk difikirkan Allah s.w.t. bukan setakat menciptakan manusia, tetapi turut mengurnikan manusia berbagai nikmat lain. Malah seluruh alam dunia ini Allah s.w.t. ciptakan untuk kemudahan manusia dengan satu peringatan iaitu supaya manusia jangan melakukan kerosakan. Semua dipertanggungjawabkan menjaga kesejahteraan bumi dengan tidak melakukan kerosakan dan kezaliman. Bukan hanya setakat ke atas sesama manusia, malah juga terhadap makhluk-makhluk Allah s.w.t. yang lain. Dengan kata lain, manusia sememangnya dibenarkan menggunakan segala yang ada di bumi ini untuk kemaslahatan hidup mereka, tetapi mereka mestilah menggunakannya secara bertanggungjawab.
Walaupun manusia merupakan makhluk paling mulia yang dikurniakan banyak keistimewaan, tetapi manusia juga boleh menjadi makhluk yang paling hina. Kemuliaan dan kehinaan itu sebenarnya bergantung kepada diri manusia itu sendiri iaitu sama ada mereka mempergunakan ciri-ciri keistimewaan yang dikurniakan itu untuk kebaikan atau sebagainya. Sekiranya mereka menggunakan segala keisrtimewaan itu untuk kebaikan dan ketaatan kepada Allah s.w.t. , maka mereka akan kekal menjadi makhluk paling mulia, sebaliknya jika mereka menggunakan segala keistimewaan tersebut untuk melakukan kerosakan dan kederhakaan kepada Allah s.w.t. , maka mereka akan menjadi makhluk paling hina. Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan Dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang Yang rendah, (Surah al Tin:4-5).
Dan Firman Allah s.w.t. lagi:
Terjemahan: dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai. (Surah al A’raf:179).
1.3 Beragama Adalah Sifat Fitrah Manusia
Sifat tabie manusia sememangnya mempercayai adanya kuasa ghaib yang melampaui kuasa mereka, Oleh kerana itu terdapat di kalangan manusia yang mencari kekuatan di luar dirinya melalui kuasa ghaib. Adakalanya dilakukan melalui kepercayaan kepada benda-benda seperti tangkal dan azimat dan ada kalanya melalui kepercayaan kepada semangat-semangat.
Menurut pandangan Islam, beragama merupakan fitrah semulajadi setiap insan. Allah s.w.t. telah menahamkan fitrah beragama itu dalam setiap jiwa insan ciptaan-Nya sejak azali lagi. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa Kamilah Yang melakukan syirik dahulu sedang Kami ialah keturunan (mereka) Yang datang kemudian daripada mereka. oleh itu, Patutkah Engkau (Wahai Tuhan kami) hendak membinasakan Kami disebabkan perbuatan orang-orang Yang sesat itu?" (Surah al A’raf:172-173).
Maksud perjanjian yang diambil Allah s.w.t. ke atas manusia itu ialah Allah s.w.t. telah menyediakan di dalam diri setiap manusia persediaan untuk menerima kebenaran atau agama yang benar berasaskan fitrah kejadian manusia yang suci. Naluri ini akan tetap ada dalam diri setiap manusia. Sekiranya manusia itu bersih jiwanya sejak awal kelahirannya maka dia akan dapat mengenali Allah s.w.t. Malangnya kealpaan dan keingkaran menusia serta ditambah dengan dorongan nafsu jahat dan faktor sekeliling menjadikan manusia lupa fitrah beragama dan beraqidah dan tuntutan-tuntutannya. Hanya pada ketika-ketika tertentu apabila manusia ditimpa kesusahan atau mala petaka barulah fitrah ini muncul kembali dan mengakui keberhajatannya kepada Allah s.w.t. Sebagai contoh, Fir'aun yang sentiasa mengingkari dan memusuhi kebenaran itupun apabila menghadapi saat-saat genting kematian, fitrahnya kembali mengakui kebesaran Tuhan. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, Dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat Yang genting itu): "Aku percaya, Bahawa tiada Tuhan melainkan Yang dipercayai oleh Bani Israil, dan Aku adalah dari orang-orang Yang berserah diri (menurut perintah)". (Surah Yunus:90).
Firman Allah s.w.t. lagi:
Terjemahan: dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam Segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah Dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan Yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) Demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang Yang melampau apa Yang mereka lakukan. (Surah Yunus:12).
Firman Allah s.w.t. lagi:
Terjemahan: dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya Dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadanya; kemudian apabila Allah s.w.t. memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadanya, lupalah ia akan Segala bahaya Yang menyebabkannya merayu kepada Allah s.w.t. sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): "Bersenang-senanglah Engkau Dengan kekufuranmu itu bagi sementara, Sesungguhnya Engkau dari penduduk neraka. (Surah al Zumar:8).
Daripada beberapa bukti yang dikemukakan, jelas menunjukkan bahawa naluri beragama itu sememangnya telah wujud sejak azali dalam diri setiap manusia. Fitrah manusia yang suci sudah pasti inginkan kebenaran dan keadilan. Namun demikian, sifat manusia yang pelupa disertai dengan perasaan sombong dan ingkar menjadikan mereka menolak kebenaran dan memilih jalan kesesatan.
1.3.1 Adam a.s. Pembawa Risalah Tauhid
Allah s.w.t. telah menjelaskan bahawa tujuan penciptaan manusia ialah supaya mereka mengabdikan diri hanya kepada-Nya. Allah s.w.t. telah menentukan suruhan dan larangan sebagai ujian terhadap kepatuhan manusia. Larangan paling keras ialah perbuatan menyengutukan Allah s.w.t. dengan makhluk-Nya yang lain. Allah s.w.t. memberi amaran bahawa dosa-dosa lain boleh diampunkan kecuali dosa syirik yakni menyengutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu. Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah s.w.t. (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar. (Surah al Nisa’:48).
Sebelum diturunkan ke bumi sebagai khalifah, Adam a.s. telah dibekalkan dengan segala kebijaksanaan dan pengetahuan yang bermanfaat. Ketrampilan Adam a.s. jelas teserlah apabila para malaikat sendiri tidak mampu menandingi ilmu dan pengetahuan yang dimilikinya. Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar". Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (Surah al Baqarah:31-32).
Kebijaksanaan dan kemuliaan Adam a.s. telah diiktiraf para malaikat apabila mereka sujud kepadanya sepertimana diperintah Allah s.w.t. Tetapi sebagai makhluk yang dikurniakan nafsu, Adam a.s. terdedah kepada melakukan kesilapan. Namun begitu Allah s.w.t. mengampuni Adam a.s serta mengingatkannya serta seluruh zuriat keturunannya supaya sentiasa mengikuti petunjuk-Nya dalam setiap tindakannya. Bagi mereka yang mengikuti petunjuk Allah s.w.t. maka dijanjikan dengan keselamatan. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab Yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa Yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita". (Surah al Baqarah:38).
Oleh itu jelaslah bahawa Adam a.s. yang merupakan manusia pertama dan bapa kepada seluruh manusia bukanlah manusia primitif, jauh sekali berkeadaan seperti beruk kera yang tidak berilmu pengetahuan dan tidak beragama seperti yang disangka serta digambarkan sarjana Barat. Sebaliknya Adam a.s. adalah seorang manusia sempurna, makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang terbaik, memiliki ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan serta beriman kepada aqidah tauhid. Allah s.w.t. memberi ancaman dengan siksaan Neraka yang amat pedih kepada sesiapa yang mengingkari dan mendustakan ayat-ayat keterangan-Nya. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: dan orang-orang kafir Yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah al Baqarah:39).
1 3.2 Bagaimana Agama Muncul
Pada umumnya setiap perbuatan manusia didorong oleh sesuatu tujuan atau matlamat. Manusia beragama juga kerana didorong oleh sesuatu matlamat. Di antara matlamat utama manusia beragama ialah:
i. Untuk memperolehi perlindungan, bimbingan dan petunjuk dalam kehidupan mereka.
ii. Untuk merapatkan diri mereka dengan Tuhan atau Pencipta
iii. Untuk memperolehi ketenteraman perasaan dan terlepas daripada perasaan putusasa
iv. Untuk mencari jawapan yang tidak boleh diberi oleh akal mereka
v. Untuk mendapat keseimbangan rohani dan jasmani serta terpelihara daripada perbuatan keji dan mungkar.
Persoalan yang sering menjadi tandatanya para penyelidik tentang agama ialah bagaimana sesuatu agama itu bermula atau tercipta. Banyak hipotesis yang dikemukakan, tetapi kebanyakannya jauh daripada kebenaran. Di antara para penyelidik Barat ada yang beranggapan bahawa agama adalah bersumberkan kemanusiaan yakni lahir daripada pemikiran manusia dan bukannya datang luar alam semesta. Maka itu mereka mengingkari "Ketuhanan" itu sebagai suatu hakikat objektif yang benar-benar wujud secara nyata. Golongan ini mengaitkan perkembangan agama dengan perkembangan sejarah manusia. Menurut mereka, agama bermula daripada peringkat paling rendah dan mundur yang berupa khurafat dan kemudiannya berkembang ke taraf yang lebih matang dan maju mengikut perkembangan masyarakat. Jelasnya mengikut golongan ini, agama adalah ciptaan akal manusia dan berkembang mengikut perkembangan akal. Teori inilah yang banyak didokongi ahli-ahli sejafah agama, psikologi dan antropologi Barat.
Sebenarnya adalah tidak tepat untuk mengandaikan sejarah kelahiran setiap agama adalah sama. Oleh itu agama dalam gambarannya yang sebenar merupakan bidang pengalaman kemanusiaan yang di luar faktor-faktor alam fisik. Adakah benar kehidupan manusia dari segi rohaninya semestinya bergerak seiring dengan kehidupan segi kebendaannya? Adakah manusia primitif yang hidup di zaraan gua semestinya mempuayai agama yang primitif juga? Sebaliknya adakah manusia yang bertamadun tinggi dari segi kebendaannya semestinya juga bertamadun tinggi dari segi kerohaniannya? Realiti yang kita saksikan di zaman moden ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang canggih dan segi kehidupan kebendaannya tidak semestinya mereka juga mempunyai nilai kerohanian yang tinggi. Sebaliknya, kemewahan dan keseronokan hidup kebendaan itu telah mengakibatkan kemerosotan dan ketinggalan dalam kehidupan rohani.
Golongan kedua ialah mereka yang berpandangan bahawa agama asal yang dianuti manusia ialah agama tauhid. Menurut mereka, wujudnya agama khurafat, penyembahan berhala dan kesyirikan dalam berbagai bentuk dan coraknya di kalangan manusia bukanlah bukti bahawa itulah agama asal dianuti manusia. Sebaliknya fenomena tersebut lahir akibat penyelewengan dan penyesatan daripada aqidah yang benar.
Menurut Islam, sejarah umat manusia di zaman silam adalah di luar batas kemampuan manusia untuk mengetahuinya secara tepat, tetapi di dalam ilmu Allah s.w.t. Oleh itu, jalan yang selamat untuk mengetahui kisah-kisah umat terdahulu ialah dengan kembali kepada Kitab Allah. Kitab suci al-Quran menjelaskan bahawa berpegang kepada agama yang benar dan aqidah tauhid adalah fitrah manusia. Malah, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa tujuan penciptaan manusia ialah untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Justru itu Allah s.w.t. mengurniakan manusia dengan ilmu pengetahuan serta diberinya pertolongan dan pimpinan sejak awal penciptaannya dan di sepanjang perjalanan hidupnya. Al-Quran juga menjelaskan bahawa manusia pada asalnya adalah dalam satu kesatuan agama kemudian manusia ini berpecah dan berlainan oleh faktor-faktor mendatang yang melanda manusia. Demikian juga al-Quran mejelaskan bahawa setiap umat dalam setiap peringkat perkembangannya sentiasa diutuskan para Rasul dan Nabi untuk memimpin mereka ke jalan kebenaran dan berpegang kepada aqidah tauhid yang benar. Seterusnya al-Quran menjelaskan bahawa agama yang benar ialah yang datang daripada Allah s.w.t. Itulah sahaja agama yang diredhai, sementara agama-agama lain adalah sesat. Dengan kata lain, agama asal manusia adalah agama fitrah iaitu agama tauhid yang datang dari Allah s.w.t. , sementara agama-agama penyembahan berhala dan syirik itu adalah ciptaan manusia bdaka.
1.3.3 Ciri-ciri Agama Budaya.
Agama budaya atau agama falsafah ialah agama yang lahir daripada pemikiran atau pengalaman hidup manusia. Sepertimana yang kita sedia maklum, manusia menempuh pengalaman hidup yang pelbagai. Faktor-faktor masa, alam sekitar, cuaca dan sejarah merupakan antara perkara utama yang membentuk pandangan hidup manusia. Elemen-elemen ini jugalah yang sering menjadi faktor kelahiran sesuatu kepercayaan ciptaan atau agama budaya. Oleh kerana pengalaman manusia itu pelbagai, maka agama budaya yang dianuti manusia serta peraturan-peraturannya juga pelbagai, bersesuaian dengan pengalaman dan pemikiran masyarakat itu.
Walaupun agama budaya yang dianuti manusia itu terlalu banyak dan bermacam ragam, namun ciri utama adalah sama iaitu berteraskan syirik. Kita boleh merumuskan ciri-ciri agama-agama budaya itu seperti berikut:
i. Tidak berteraskan konsep Tauhid
Kebanyakan agama budaya mempercayai terdapat banyak Tuhan yang menguasai alam ini. Kalaupun ada agama budaya yang mempercayai Tuhan yang sebenar hanyalah satu, tetapi konsep keesaan Tuhan mereka terlalu kabur dan sukar difahami. Malah mereka mempercayai Tuhan yang satu itu boleh pula beranak-pinak atau menjelma sebagai dewa-dewa dalam berbagai bentuk dan rupa. Kadangkala mereka menganggap setiap fenomena alam yang mendatangkan manfaat atau mudarat itu sebagai Tuhan atau jelmaan Tuhan atau Tuhan-tuhan. Justru itulah penganut agama budaya menyembah berbagai fenomena alam seperti sungai, gunung-ganang dan kayu-kayan.
ii. Tidak mempercayai alam akhirat
Pada umumnya penganut agama budaya tidak mempercayai adanya alam akhirat. Mereka beranggapan bahawa semua kehidupan bermula dan berakhir di dunia ini sahaja. Dalam kepercayaan Hinduisme umpamanya, mereka mempercayai bahawa kehidupan di dunia ini terikat dengan "samsara" iaitu lingkaran kehidupan yang berlaku secara berulang-ulang. Hidup, mati dan hidup lagi di dunia ini dalam bentuk yang lain mengikut perbuatannya sebelumnya sehinggalah ia mencapai "nirvana."
iii. Tiada konsep dosa pahala
Penganut agama budaya selalunya menilai perbuatan manusia berdasarkan buruk atau baik dan bukannya dosa atau pahala. Prinsip buruk dan baik itu pula terlalu relatif dan boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan tempat. Oleh kerana itu, dalam agama budaya tidak ada konsep amar makruf nahi mungkar (menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran) kerana pada mereka tiada batas sempadan yang jelas di antara keduanya atau sempadan itu sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan perubahan pemikiran mereka.
1.4 Perutusan Para Nabi dan Rasul.
Pada prinsipnya, Nabi dan Rasul adalah sama kerana setiap Rasul adalah Nabi. Mereka adalah manusia pilihan Allah s.w.t. yang menjadi tauladan dan pembimbing kepada umat manusia. Namun begitu, terdapat beberapa ciri perbezaan di antara keduanya yang boleh dirumuskan sebagai berikut:
a) Nabi
Bilangan Nabi adalah ramai. Menurut sebuah Hadis, bilangan Nabi yang diutuskan kepada pelbagai umat ialah setamai 124,000 orang. Mereka adalah lelaki mulia lagi suci yang dipilih Allah s.w.t. sebagai manusia tauladan. Mereka dikurniakan wahyu berupa syariat Allah, tetapi wahyu itu hanya untuk dirinya sendiri tanpa diperintahkan untuk menyebarkannya kepada orang lain. Ada kalanya seorang Nabi itu dilantik oleh Allah s.w.t. menjadi Rasul setelah beberapa lama mengajar dan memperjuangkan syariat yang dibawa Rasul sebelumnya. Oleh itu, seseorang Nabi tidak semestinya menjadi Rasul, sebaliknya seseorang Rasul juga adalah seorang Nabi.
b) Rasul
Ialah lelaki mulia lagi suci yang dipilih Allah s.w.t. untuk menyebarkan syariat-Nya kepada manuasia. Mereka dikurniakan wahyu dalam bentuk syariat untuk dipedomani manusia pada zamannya sehinggalah Allah s.w.t. mengutuskan Rasui-Nya yang lain. Muhammad s.a.w. adalah Rasul terakhir yang diutuskan. Baginda membawa ajaran Islam kepada seluruh manusia dan syariatnya terpakai sehingga ke Hari Kiamat. Para Rasul dikurniakan mukjizat dan keistimewaan tententu yang tidak dapat ditandingi manusia lain sebagai bukti kerasulan mereka. Jumlah para Rasul 313 orang. Nama dua puluh lima orang daripada mereka tercatat di dalam kitab suci al-Quran. Rasul-rasul berkenaan ialah:
1. Adam a.s. yang bergelar abu al-basyar (bapa segala manusia).
2. Idris bin Syits bin Adam,
3. Nuh atau Syakir bin Lamak bin Mutawaslih bin Idris
4. Hud atau 'Ad bin 'Ashb. Iram bin Sam bin Nuh
5. Salleh atau Thamud bin Abir bin Iram
6. Ibrahim bin Tarah bin Saruq bin Arqu' bin Fatih bin 'Abir
7. Lutb. Tarah
8. Ismail bin Ibrahim (ibunya Siti Hajar)
9. Ishaq bin Ibrahim (ibunya Siti Sarah)
10. Ya'kub bin Ishaq bin Ihrahim
11. Ayub bin Amus bin Razah bin Rum bin Isa bin Ishaq
12. Yusof bin Ya'kub bin Ishaq bin Ibrahim
13. Syu'aib bin Mikail bin Izar bin Majam bin Ishak bin Ibrahim
14. Harun bin Imran bin Izar
15. Musa bin Imran bin Izar bin Fatih bin Lawa bin Ta'qub
16. Ilyasak bin Ahtub
17. Zulkifli bin Ayyub
18. Daud bin Isa bin Ufid bin Bu'az bin Salamun
19. Sulaiman bin Daud
20. Ilyas bin Yasin bin Fahnas bin Izar bin Haru.
21. Yunus bin Mata
22. Zakariyya bin Nuha bin Azana bin Muslim bin Saduk bin Yahsan bin Harun
23. Yahya bin Zakariyya
24. Isa putera Maryam binti 'Imran
25. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abd Manaf bin Qusay bin Hakim (Kilab) bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Fihr bin Malik.
1.4.1 Nabi dan Rasul Diutus Kepada Setiap Kaum
Dunia adalah tempat ujian bagi manusia, tetapi manusia sering lupa kepada tujuan asal kehidupannya di dunia ini kerana lalai, jahil dan asyik dengan keperluan nafsu. Kerana nafsulah maka manusia merasakan kehidupan dunia ini indah. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah s.w.t. ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Surah ali ‘Imran:14).
Lantaran asyik berlumba-lumba mengejar keduniaan dalam bentuk harta kekayaan dan pangkat, manusia lupa matlamat asal penciptaan mereka di dunia ini. Mereka lupa bahawa kehidupan di dunia ini bersifat sementara. Mereka lupa bahawa dunia ini adalah tempat untuk mencari bekalan ke Akhirat. Dunia adalah ibarat ladang Akhirat. Dunia adalah tempat persinggahan sementara sebelum manusia berpindah ke alam Akhirat yang kekal abadi. Oleh kerana manusia bersifat pelupa, maka Allah s.w.t. dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang mengutuskan para Nabi dan Rasul sebagai pengingat dan pembimbing manusia. Mereka diutuskan kepada setiap kaum. Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada Yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya. (Surah an Nahl:36).
Firman Allah s.w.t.:
Terjemahan: dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa Yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka Dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya. (Surah Yunus:47).
Seperti yang telah dijelaskan terdahulu, manusia pertama penghuni dunia ini ialah Adam a.s. Beliau diberi penghormatan oleh Allah s.w.t. sebagai khalifah di bumi yang bertanggungjawab memakmurkan alam dunia ini dengan peraturan Allah. Untuk itu beliau dianugerahi ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Dengan kata lain, Adam a.s. memulai penghidupan di dunia ini bukanlah dengan tanpa persediaan. Beliau bukanlah manusia primitif yang melakukan sesuatu secara 'trial and error', sebaliknya adalah seorang manusia sempurna yang memiliki nilai ketamadunan yang tinggi, khususnya dari segi kerohanian. Oleh itu amatlah keliru mereka yang beranggapan bahawa sejarah manusia di dunia ini bermula dengan kehidupan primitif, tanpa agama dan ilmu pengetahuan. Hakikat sebenar adalah sebaliknya.
1.4.2 Tujuan Pengutusan Para Nabi dan Rasul
Tanpa bimbingan dan petunjuk Ilahi, sudah pastilah manusia tidak akan mengetahui tujuan penciptaannya dan akan terus hidup dalam kesesatan. Walaupun manusia adalah makhluk istimewa yang mempunyai akal dan keinginan, tetapi tanpa bimbingan kerohanian daripada Allah s.w.t., akal manusia akan hanya berfungsi ke arah pencapaian keinginan nafsu yang secara tabienya cenderung kepada kejahatan. Tanpa bimbingan Ilahi, nafsu manusia hanya akan menjadi alat tunggangan syaitan yang sentiasa mengajak manusia melakukan kerosakan serta kebinasaan. Di sinilah letaknya kepentingan para Nabi dan Rasul-rasul utusan Allah s.w.t. yang ditugaskan membimbing manusia ke jalan kebenaran, mengingatkan manusia matlamat penciptaannya dan menjaubi tipu daya syaitan.
Semua Nabi dan Rasul membawa ajaran yang sama iaitu mentauhidkan Allah s.w.t. Mereka diutus apabila manusia mula menyeleweng dari ajaran tauhid yang asal yang disampaikan oleh Rasul-rasul sebelumnya. Risalah yang dibawa para Rasul mengandungi tiga prinsip berikut:
a. Mentauhidkan Allah s.w.t. dan tidak mempersekutukan-Nya dengan susuatupun.
b. Beriman kepada Rasul dan mentaati perintahnya.
c. Beriman kepada hari Akhirat.
Semua para Rasul diutuskan kepada kaumnya apabila ketiga-tiga perkara di atas telah dikaburkan oleh kegelapan jahiliyah. Oleh itu teras kepada sejarah perjuangan para Rasul adalah berpusat kepada perjuangan untuk memurnikan aqidah kaumnya dalam mentauhidkan Allah s.w.t.
1.4.3 Nabi dan Rasul Pembawa Agama Samawi
Setiap Nabi dan Rasul diutuskan Allah s.w.t. kepada manusia untuk membawa al-Din (agama) yang satu iaitu yang menyeru manusia supaya menyembah Allah s.w.t. serta mentauhidkan-Nya. Namun begitu, syariat yang mereka bawa adalah mengikut kesesuaian kaum dan masa mereka diutuskan. Sebagai contoh, pada zaman Nabi Musa a.s. persoalan besar yang dihadapi ialah keangkuhan Firaun yang menganggap dirinya sebagai Tuhan yang mesti disembah dan kezalimannya menindas kaum Bani Israel. Oleh itu dakwah Nabi Musa a.s. adalah tertumpu kepada persoalan mengajak manusia supaya jangan menyembah, kecuali Allah s.w.t. dan menyeru kepada perlakuan adil. Nabi Syuaib a.s. diutuskan kepada kaum Madyan yang suka menipu dan mengurangkan timbangan. Oleh itu itu seruan dakwah beliau selain mengajak kaumnya mehgesakan Allah s.w.t. ialah melarang mereka daripada melakukan penipuan dalam timbang-menimbang semasa berjual-beli. Pada zaman Nabi Lut a.s. berlaku keruntuhan moral yang dahsyat. Kaum lelaki tidak lagi berminat kepada wanita. sebaliknya cenderung kepada kaum sejenis. Kehidupan yang serba mewah bukan sahaja mengakibatkan mereka lupa persoalan akhlak, malah tidak mempercayai kekuasaan Tuhan. Oleh itu dakwah yang disampaikan Nabi Lut a.s. adalah tertumpu kepada soal memperbetulkan akhlak kaumnya dengan meninggalkan perlakuan di luar tabie.
Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi dan Rasul terakhir diutuskan kepada manusia dan tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul selepasnya. Oleh kerana itu syariat yang dibawa adalah yang paling sempurna dan bersesuaian untuk semua bangsa, tempat dan sepanjang masa, sehinggalah ke Hari Kiamat. Kalaulah syariat yang dibawa rasul-rasul sebelumnya tertumpu kepada sesuatu persoalan tertentu, syariat Nabi Muhammad s.a.w. pula adalah meliputi semua aspek kehidupan manusia, termasuk politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, sains dan sebagainya. Syariat yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pelengkap kepada syariat yang dibawa oleh Nabi-nabi sebelumnya. Di samping itu, Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja berdakwah secara teori, malah baginda sendiri adalah model terbaik dalam semua aspek tersebut. Baginda menunjukkan contoh tauladan terbaik dalam aspek peribadatan, pergaulan dan pemerintahan.
Satu hal yang patut kita perhatikan, mesej utama setiap para Rasul yang diutuskan selain daripada mengajak manusia beriman dan beramal soleh ialah mengingatkan mereka supaya sentiasa berakhlak mulia. Dengan kata lain, perkara induk dalam setiap risalah agama samawi ialah persoalan aqidah dan akhlak. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menegaskan bahawa tujuan atau misi utama baginda diutuskan ialah untuk menyempurnakan akhlak manusia.
1.4.4 Ciri-ciri Khusus Agama Samawi
Setiap agawa bawaan Rasul utusan Allah s.w.t. mempunyai ciri-ciri persamaan yang jelas. Teras utama ajarannya ialah aqidah tauhid, keimanan kepada perkara ghaib, amar makruf dan nahi mungkar dan penegakkan keadilan sejagat. Kesemua perkara ini terkandung di dalam prinsip akhlak Islam.
i. Berteraskan tauhid.
Agama Samawi mengajak manusia menyembah Allah s.w.t. dan meninggalkan penyembahan terhadap berhala-berhala. Ia megajak penganutnya mengakui bahawa alam ini adalah ciptaan Allah s.w.t. Dialah pemilik mutlak dan pentadbir alam ini. Seluruh alam dan isinya adalah makhluk Allah s.w.t. yang diperintahkan tunduk patuh kepada aturan-Nya. Sebagai Pencipta, maka Allah-lah sahaja yang layak ditaati, disembah, dicintai, dipuja dan dipuji. Hanya Allah s.w.t. yang berhak menentukan hukum dan peraturan untuk seluruh makhluknya. Peraturan Allah s.w.t. adalah mutlak dan wajib dipatuhi. Firman Allah s.w.t.:
Terjemahan: dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada Yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya. (Surah an Nahl:36).
ii. Beriman kepada perkara ghaib.
Agama Sawami mengajar manusia tentang kewujudan alam ghaib yang diluar batas capaian pancaindera manusia. Perkara-perkara ghaib termasuklah kepercayaan kepada prinsip dosa pahala, para malaikat dan kewujudan alam Akhirat.
iii. Menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran.
Ketentutan baik buruk sesuatu umat diukur berdasarkan keimanan mereka kepada Allah s.w.t. serta sejauhmana mereka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kriteria inilah yang digunakan al-Quran dalam mencirikan umat terbaik. Misi utama para Nabi dan Rasul adalah untuk megajak manusia berbuat baik dan meninggalkan kemungkaran.
iv. Menegakkan keadilan sejagat.
Berlaku adil adalah perbuatan meaghampiri sifat taqwa yang merupakan ukuran kemulian seseorang di sisi Allah. Nafsu manusia sentiasa cenderung kepada kejahatan dan ketidakadilan. Sejarah manusia menyaksikan pertarungan di antara hak dengan batil secara berterusan. Banyak umat terdahulu dibinasakan Allah s.w.t. kerana memilih jalan kebatilan dan kerosakan. Nabi dan Rasul diutuskan untuk membebaskan manusia daripada kongkongan hawa nafsu dan kembali ke landasan Allah s.w.t.
1.5 Sekularisrae dan Ancamannya Terhadap Kehidupan Beragama.
Di dalam menjalani kehidupan di dunia ini manusia sentiasa berdepan dengan berbagai cabaran dan masalah, baik yang menyangkut persoalan kerohanian mahupun persoalan kehidupan fisikal. Nabi dan Rasul diutus untuk mebimbing manusia, tetapi manusia adalah makhluk pelupa. Lama kelamaan mereka memilih syaitan dan nafsu sebagai panduan. Mereka sering berlumba-lumba mengatasi di antara satu sama lain. Didorong oleh sifat tamakkan harta, pangkat dan kuasa, manusia sering terdorong ke lembah ketidakadilan dan penindasaan. Perasaan cintakan dunia yang memenuhi ruang hati mereka menjadikan mereka lupa nilai-nilai kerohanian serta misi sebenar kehidupan mereka di dunia. Sedikit demi sedikit mereka mula melupai ajaran para Rasul dan akhimya memilih nafsu sebagai pedoman. Kemewahan hidup yang mereka nikmati serta sebahagian misteri alam yang terjawab melalui sains menjadikan pergantungan manusia kepada agama untuk mendapat jawapan tentang misteri alam kian longgar dan akhir sekali mereka menganggap agama sebagai tidak lagi relaven.
Secara rakus dan angkuh manusia moden mulai membelakangi agama dan mencipta sistem nilai sendiri dalam segenap aspek kehidupan yang berasaskan fikiran dan nafsu. Nilai moral mereka tidak lagi berdasarkan agama yang dianuti, sebaliknya menurut kehendak umum. Dengan itu lahirlah pelbagai teori dan sistem baru ciptaan akal manusia seperti komunisme, sosialisme, kapitalisme dan berbagai isme lain mengambil alih peraturan Allah s.w.t. Manusia terus hanyut dalam lautan kesesatan ideologi ciptaan akal yang ditunggangi nafsu. Manusia moden sudah kehilangan arah. Ateisme menjadi pegangan dan material menjadi matlamat kehidupan. Alam tidak lagi dianggap sebagai ciptaan Tuhan, bahkan Tuhan dianggap tidak wujud atau tidak perlu wujud. Agama adalah tahyul manusia sementara Akhirat adalah suatu fantasi. Oleh itu, sekiranya manusia ingin maju, maka mereka mestilah terlebih dahulu melepaskan diri daripada kongkongan agama. Mereka mestilah berfikiran bebas, progresif, humanis, rasionalis, materialis, dan experimental dan egalitarian. Inilah sebenarnya asas kepada fahaman sekular ciptaan Barat yang sedang melanda seluruh dunia sekarang ini termasuk dunia Islam. Ia merupakan satu pemberontakan yang militan terhadap agama dan segala nilai-nilai rohaniah yang terdapat dalam ajaran agama.
Sekularisme adalah satu sistem etika yang berasaskan nilai tabie dan bebas daripada nilai-nilai agama. Prinsip utamanya ialah kebebasan berfikir tanpa batas. Manusia dilihat sebagai perancang dan pelaksana segala sesuatu serta penerima manfaat tunggal daripada kegiatan manusiawinya. Matlamat kehidupan manusia bukan lagi untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. , sebaliknya untuk mengabdikan diri kepada manusia semata-mata. Fahaman ini lahir di Eropah di sekitar abad ke-14 hingga 16M sebagai satu gerakan pembebasan menentang ketidakadilan gereja Katolik yang menindas golongan ilmuan. Menurut fahaman ini, nilai-nilai agama tidak seharusnya dicampuradukkan dengan urusan keduniaan. Fahaman ini juga memisahkan secara mutlak antara ilmu pengetahuan daripada pengaruh dan tuntutan agama.
Abad ke-14 hingga 16M merupakan 'Zaman Renaisans' di Eropah di mana aktiviti keilmuan dan kesusasteraan dihidupkan semula. Gerakan ini bermula di Itali dengan timbulnya minat untuk mengkaji semula ilmu-ilmu klasik, terutamanya ilmu Yunani, sama ada melalui usaha terjemahan daripada bahasa Arab mahupun daripada sumber Yunani asli. Golongan ini meletakkan akal manusia di tempat paling tinggi, manusia dianggap sebagai penentu yang mampu membuat sistem penilaian sendiri, kebenaran sendiri, dan bukannya menerima bulat-bulat keputusan daripada sistem lain, seperti daripada sistem agama.
Tindakan golongan ini sebahagiannya adalah sebagai protes terhadap otoriti gereja Katolik yang menganggap paderi mempunyai hubungan batin dengan Allah s.w.t. dan kerana itu mereka mempunyai kuasa rohani ke atas manusia. Mereka menjadi perantara di antara manusia umum dengan Allah. Anak kecil tidak boleh menjadi Kristian melainkan setelah dibaptis oleh paderi. Mereka menganggap ilmu pengetahuan yang tidak bersumberkan daripada mereka adalah merbahaya. Malah ilmu sains dianggap sebagai membawa kekafiran. Oleh itu mereka memisahkan agama daripada ilmu.
Terdapat dua kemungkinan besar mengapa pihak gereja amat memusuhi ilmu. Pertama, ilmu yang membawa kemajuan berasal daripada sarjana Islam di Andalus. Oleh itu ilmu itu akan membawa sekali pengaruh Islam yang akan merosakkan pengaruh gereja; Kedua, kebanyakan ilmuan Eropah adalah lepasan universiti-universiti orang Islam di Andalus kerana ilmu-ilmu seperti perubatan, kejuruteraan, matematik, astronomi, fisik, kimia dan lain-lain hanya boleh dipelajari di sana. Akibatnya para ilmuan amat dicemburui oleh pihak gereja, apatah lagi mereka itu lebih gemar bertutur dalam bahasa Arab atau mengamalkan budaya Islam, sedangkan pihak gereja menganggap bahasa Arab sebagai bahasa orang kafir.
Konfrontasi antara golongan ilmuan dengan gereja adalah pengalaman khusus masyarakat Kristian Barat. Ia merupakan suatu hal yang seharusnya terjadi sebagai suatu penyelesaian kepada masalah khas dalam sejarah dan kebudayaan Barat. Tetapi pertentangan itu tidak seharusnya dilanjutkan kepada Islam kerana Islam tidak pernah memusuhi ilmu.
Fahaman sekular adalah satu konsep yang amat asing dan bertentangan dengan Islam. Pandangan hidup Islam yang berasaskan tauhid tidak pernah memisahkan secara dikotomi antara duniawi dan ukhrawi dalam segala urusan kehidupan manusia. Islam tidak mengenal konsep dualisme dan tidak menganggap sesuatu itu sebagai sekular, profane atau temporal, Istilah duniawi bukannya bermakna sekular kerana setiap geraklaku manusia Muslim adalah sentiasa terikat dalam lingkungan bidang aqidah, akhlak dan syariah. Oieh itu, semua aktiviti Muslim adalah bernilai ibadat sekiranya dilaksanakan menurut perintah-perintah Allah s.w.t. Dunia ini adalah jambatan ke Akhirat. Tugas utama manusia ialah beribadat kepada Allah s.w.t. dengan tujuan mencapai keredhaan-Nya. Sikap mahu melepaskan diri daripada kawalan agama tidak seharusnya timbul dalam din seseorang Muslim, miskipun dalam perkara yang sepintas lalu kelihatan pada lahirnya bcrsifat duniawi seperti dalam kegiatan ekonomi dan politik. Semua urusan tersebut mestilah dilaksanakan di atas semangat ketaqwaan dan batas-batas hukum syarak yang ditentukan Allah s.w.t. Dengan kata lain, manusia Muslim tidak seharusnya hidup secara hipokrit di dalam dua alam yang berbeza. Sesungguhnya nasib seseorang di Akhirat bergantung kepada perbuatannya di dunia.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com